Monday, December 05, 2011

Roadtrip : Doha - Mekah - Madinah (Mac 2011)

Ni adalah citer lama... road trip umrah dgn kawan2 kat doha ni. disebabkan ni cite lama, so cite pasal trip ni disertakan dgn gambar. aku sudah lupa2 jugak cerita nya, so cerita bergambar lagi mudah... let's start with the plan...
trip ni plannya agak last minute and agak impromptu. although mmg semua yg pergi ada hajat utk mengerjakan haji. tp the set timing tu tak tetap. tambahan plak pihak saudi lambat skit nak buka border utk umrah. selalunya bln dua, tp thn 2011 ni bulan 3 br start blh buat umrah. oleh sbb kurang preparation, especially ada constraint dgn timing/cuti. trip ni cuma 5 hari saja. sgt ringkas dan pantas.
aku tak plan sgt nak cite pasal ibadat umrah dlm blog ni. aku cuma nak cite pasal perjalanan dan pengalaman roadtrip dan travel with my close friends. kami pergi ber 9 dgn satu baby. asalnya pergi 3 kereta, tp tukar plan last minute, kena pergi 2 kereta je. so nasib baik kereta aku blh muat 6 org. berjasa jugak lah. mmg niat aku beli kereta ari tu nak g roadtrip. dpt plak rezeki bawak org g umrah ni. among 9 of us - 3 org dah g haji, 3 org dah pernah g umrah dan 3 org first timer, including my wife. Alhamdulillah. terkabul doa aku bwk wife ke sana.
perjalanan dr doha ke mekah dlm 1600-1700 km!!! so, kami mengambil masa hampir 20 jam utk sampai ke mekah. bwk kereta dlm range 140km-160km/hr. sbbkan ramai lelaki, kami gilir2 lah memandu. so tak penat sangat. perempuan tak blh langsung drive disaudi ni. dan sepanjang perjalanan, bandar besar yg kami tempuh - riyadh... selain tu pekan2 kecil. ada satu part tu, yg kawan2 aku cakap mcm grand canyon plus wadi. aku tak dpt tgk part ni, aku tgh tidor sbb kitaorg lalu kat situ dlm pkl 8-9am. aku dah drive mlm tu... pg tu tak sedar langsung.
sepanjang perjalanan ada lah restaurant2 kecik dan stesen2 minyak tempat berhenti. but sadly to say, most of the toilet yg ada masa kitaorg buat toilet break tu, either dirty or too dirty sampai totally kena skip... bukan nak kata kotor sbb busuk, najis pun ada merata2... sungguh tak melambangkan islam... tp kalau berhenti for makan. toilet kat restaurant agak reasonable. toilet masjid yg selalunya kotor... tak paham aku. btw, although it's 1700km pun, cost minyak tak mahal mana, its 60sen (RM0.50) rasanya, per litre... :-)
tp food sepanjang perjalanan was marvelous. although tak byk pilihan i.e. restoran akan tanya nasi dgn daging atau nasi dgn ayam. nasi dia sedap, lauk pun sedap. n among all, ada satu restoran ni mmg the best (pic below). nasi mandy ayam... kitaorg pun mmg penat and lapar kot... but seriou sly kedai simple harga murah makanan sedap... perfect.
apart from that... mmg padang pasir sahaja... sampai la kami ke tempat miqat di Taif. Taif ni tempat miqat bg org2 yg melalui jalan ni ke mekah. lokasi nya dlm 90km dr mekah. dah dekat sgt. for yg kurang tahu, tempat miqat ni lah tempat memakai ihram dan berniat utk umrah.
di tempat miqat ni disediakan kemudahan utk mandi sunat. toilet+bilik mandi superbly clean. tp aku ingat masa aku g haji dulu lagi lah bersih tempat ni. mmg mudah... satu toilet besar, byk tempat sangkut baju. and toilet cangkung yg bersih. air banyak... what else do u need kan... cumanya bawak lah tuala sendiri. anyway, kain ihram tu pun tebal, boleh jd tuala.
dah siap... kami pun ready to go for umrah... labaikallahhuma labaik.... perjalanan ke mekah agak sukar jugak. sbb hujan agak lebat masa tu. and kereta2 tak biasa bwk dlm hujan, byk pakai hazard lights. and aku plak mmg tak berapa nampak, tp mmg dr malaysia, bila hujan aku suka nak cepat, sbb nak settle cepat n tak suka slow2 dok belakang lori, sbb lagi tak nampak. kesian plak kat kawan kereta belakang yg rasanya tak biasa. sorry geng... anyway, aku tunggu jugak kena sound, suruh slow, sbb kami communicate pakai walkie talkie, tak pulak suruh slow... so kira ok lah :-)
ooh masa sampai mekah, dlm bandar ada sesat2... dlm nak sampai ke hotel tu, tetiba aku termuncul dkt benar dgn masjidil haram. mmg tak sangka dpt drive sampai situ... kami tiba dekat sgt nak masuk waktu asar... n by the time dah dekat dgn hotel, mmg dah azan pun, n jalan ke hotel pun dah tutup sementara. tp sekejap je. kami tiba rasanya khamis mlm jumaat, so agak ramai lah org2 local berdekatan dtg mekah jugak.
hotel kami tak jauh sgt dgn masjidil haram. a simple hotel. own by malaysian rasanya. cukup lah serba serbi utk bermalam 2 mlm. rasanya satu malam SR200 ke, 250, tak ingat. bilik utk 2 org. setelah refresh... kami pun turun utk mengerjakan ibadah umrah.. hujan pun dah berhenti sejak kami tiba di mekah tadi.
kami set utk start umrah lepas solat isya. tp by the time sampai masjid, hujan berderu2 turun... lepas solat kami berkumpul sekejap, ingat nak tunggu lepas hujan berhenti br nak buat tawaf, ye lah, masa tu lantai basah n hujan renyai2. tp memandangkan tak ramai org tawaf, baik turun waktu tu jugak. yup we got lucky, tak ramai org... tawaf sungguh selesa.
lepas selesai mengerjakan umrah, upacara tahalul... yg lelaki semuanya potong nipis, tp tak botak. some of us mmg tak pernah potong senipis ni before.... alhamdulillah selesai umrah. it was a small achievement for me. tak sangka betul finally dpt kerjakan umrah. u know, within 24 hours dtg dr doha, terus sampai mekah n settle umrah. alhamdulillah dipermudahkan perjalanan dan ibadat kami. we were too tired by then.. straight away balik and berehat. we have jumaat esoknya di mekah.
Actually, masa kami g umrah tu mmg ramai org dtg berumrah. as aku cakap sebelum ni, visa utk umrah keluar lambat. ramai jugak jemaah dr malaysia, sbb katanya pakej mmg dah plan dr januari tp march br dpt pergi.. mmg sgt ramai... lepas solat jumaat tu jalan penuh sesak.
we had the full hari jumaat di mekah sebelum the next day ke madinah. although aku benci bgnn ni, tp kat situ lah tempat melepak pun. abraj al bait. dlm tu byk kedai2 utk shopping including starbucks yg sah2 yahudi. kitaorg g jugak lah... hehehe... but, sapa yg pernah pergi sini. perasan tak starbuck mekah ni bersopan skit or diubah logo dia. see the pic below...
apart from that pusing2 kedai... n jalan2 around hotel... ramai sungguh manusia. kami pun shopping gak sikit2. beli souvenirs and jubah. jubah lelaki kat mekah ni lg byk choice dr kat doha. ada byk color n different designs. harga pun murah.
the next day, lepas subuh dan breakfast kami meninggalkan mekah menuju ke madinah... as usual, tawaf wida adalah sessi yg paling sedih bila mengerjakan haji or umrah or meninggalkan mekah... sbb selalunya masa ni lah kita akan terfikir betapa best nya berada di mekah, dekat sgt dgn Allah, kecil sungguh diri ini, banyak sgt dosa belum terampun, byk sangat hajat belum diminta and tak tahu bila lagi nak dtg ke sini. mmg aku sangat sayu bila mana terpaksa membuat tawaf wida'. plus for this trip, rasa mcm tak sempat buat apa2 dah nak balik dah. mmg sungguh introduction on umrah to wifey. tp alhamdulillah, sempat jugak lah.
perjalanan ke madinah mengambil masa lebih kurang 4 jam, sepatutnya lah... tp ntah mcm mana kami ambik masa lebih dr tu. kitaorg keluar dr mekah dlm 10.30am (tu pun masih tak puas hati antaranya sbb tak jumpa restoran al baik, fast food ayam goreng restoran said to be way much better than kfc :-)).
sepanjang perjalanan byk nampak bukit2 kecil batu batu. ada unta. and as usual, bila jauh berjalan nak jugak berhenti for toilet break. again sepertimana yg berlaku dr Doha ke Mekah, kat sini pun facilities kurang. ada nampak macam proper rnr and station minyak, tp establishment yg elok ni mcm tutup atau mcm baru yg belum dibuka. aku suspect, tempat2 ni dibuka bila musim haji kot. bila masa umrah ni, traffic tak byk, depa tak buka. tp entah lah... susah nak paham. benda ni bukan nya utk org g umrah or haji je. rasanya byk je org lain lalu kat sini n local pun. kenapa tak well maintained.
ada sekali tu, kami terpaksa buat 3 stop berturut, i.e. first stop... toilet tak leh guna - tutup. then next stop berhenti lagi - toilet sgt kotor. then 3rd stop - lebih kurang kotor, tp manageable... balun... sbb kenkadang tu, tak leh nak tunggu lagi... kalau tunggu next stop sama je. make sure air ada... settle (below pic one of the stops). kami pun tak de lah nak jadi org yg menambahkan lagi kotoron. tp ironi nya, selalu nya lepas settle, the next stop (the one after - or the 4th) cantik lah plak. proper lagi... in our case, tetiba siap ada masjid and ada restoran at tazzaj. mcm sesuai plak berhenti for lunch n solat zohor. so berhenti lagi... sebabkan ni lah... kitaorg ambik masa 6 jam dr mekah ke madinah. anyway, nothing to rush pun. plan nya mmg janji sampai di madinah before maghrib.
kami tak buat persiapan awal kat madinah. hotel pun tak book. thought that we could find rooms easily. ye lah, bg yg pernah dtg, we could remember hotel madinah tak mahal. and banyak giler sekitar2 masjid. kami pun nak tido for 1 night je, takkan lah takde bilik kan... so gamble je. lepas je lunch, aku suruh member aku drive and aku start buat phone call utk book hotel n tanya price. garmin tu ada gak taruh no tel hotel, from there je kami cari mana hotel nak book. satu2 aku call... dr yg mahal 5 star ke murah 3star... alamak... mostly hotel penuh lah plak.
sbb kan kitaorg pun dah set in mind, mana area hotel nak cari. sampai je kat madinah, park kereta ke tepi, aku pun g jalan dr satu hotel to another and tanya bilik. dekat lebih 10 hotel gak lah aku ketuk, alhamdulillah, we got one good and cheap (atas tu). quite near to masjid. sbb satu malam je, kitaorg dpt dok situ. and kena check out awal sbb ada org lain dah book for the next day. Alhamdulillah... and we still got plenty of time to get ready for Maghrib.
aku mmg suka madinah sbb ketenangannya. and bandar dia best utk jalan2... org2 agak tenang n xde nak rush2... kedai pun banyak... hahaha... apa lah aku ni, dtg umrah nak beribadat, ni sibuk nak citer shopping... pagi esok nya pun kitaorg sempat jalan2 sekitar masjid. dlm masjid... sambil sembang2 dgn wifey about future... hehehe... and by noon tu mmg nak gerak balik semula ke doha. berat hati sungguh. penat pun tak hilang... rasa mcm nak je stay another night. tp sbb dah committed dgn member2 insyaAllah next time sempat lagi ke sini.
perjalanan dr Madinah - Riyadh - Doha lebih elok dr Doha - Riyadh - Mekah ari tu. ikut kan jarak dia lagi dekat. tp yg lagi best nya highway dia ada proper toilet n rnr. siap ada coffee juncture and located just nice within the other. tp make sure korang isi minyak masa ada kat madinah lagi. jgn tunggu masuk highway. sbb the last petrol pump dkt highway tu mcm agak susah nak g, so aku skip, ingat kan lepas tu ada petrol pump... hahaha... tak sempat sampai, minyak kitaorg dah dkt nak abis. if u miss the rnr, mcm kat malaysia, kena lah masuk pekan or kampung kecik dekat2 highway tu. in our case it was about 7 km out of the main highway masuk kg. tp ok lah... ada experience isi minyak tgh2 padang pasir... n sempat gak rehat2. masa kitaorg g ni, cuaca agak dingin. walaupun panas tp relax. anyway, tak bekejar apa pun. janji sempat sampai doha the next day. ni lah kenderaan kami...
again, tepi2 jalan takde apa sgt... desert desert desert... cumanya ada lah bukit ni mcm table top mountain kat cape town, tp versi kecik. tu je rasanya yg ada tepi jalan tu. bila masa siang, seronok drive ni especially bila semua berjaga... borak2 sambil share balik citer buat umrah ari tu... n share all the foods dlm kereta. and bila penat kami berhenti kat rnr. ada byk good coffee shop kat sana... mostly drive through.
if you drive to mekah or balik dr madinah ni, mengikut kata org, kalau plate nya bukan local saudi mesti akan ada org dtg nak pow duit or so... ni terjadi kat kami. masa sekali berhenti tu, aku tgh isi minyak ngan member while ada few tgh kat dlm kedai convenient store beli2 jajan. tetiba ada satu kereta tahan aku, merayu minta sedekah. katanya dia dtg dr jauh. tetiba hilang duit kena curi. pastu bini plak sakit ke anak sakit, aku tak ingat... mmg cite sedih lah. n mmg wajar la bagi sedekah. tp bila teringat cite kawan, n ada gak mcm ketidak logikan nya and amount yg minta pun sampai 500!! aku tak jadi bagi... hmm... bersalah ke aku? anyway, when we discuss balik dlm kereta. rasa nya ok je ko...
we decided utk berhenti kat riyadh for dinner. sbb masa dtg ari tu tak sempat pun singgah riyadh. and timing mcm elok je... kami sampai, although agak lewat around 8-9pm tp kedai masih buka. btw, jalan nak dekat2 masuk riyadh agak busy and ada byk spot speed trap. so jaga2 ye. kitaorg chose one mall then terus ke situ. and dah jalan2 kitaorg decided utk makan kat tony romas. berbanding doha, kat saudi ni, even non-muslim pun kena pakai abaya. plus utk makan, kalau ada perempuan wajib dok kat family section. agak strict rule tu kat sini. kami yg ramai ni susah gak nak diaccomodate, sbb family section mostly utk 4 org n bertutup. nak makan tpt open, takut mutawwa (org agama) marah. so ikut je lah. and since one of us birthday dia ari tu, we bought a simple cake n celebrate... saja je buat happy2 skit... tak abis pun kek tu, bg je kat pekerja tony romas.
after riyadh, ada 5 jam perjalanan sebelum ke doha/border doha. we left riyadh around 1am. lepas je isi minyak. kitaorg shoot terus ke doha. i was driving alone masa tu. semua org kepenatan. berwalkie talkie sembang dgn kereta satu lagi. was thrill n kagum dgn capability aku utk drive 5 jam straight. kitaorg singgah sekejap kat satu tempat for solat subuh n arrived at the border around 6-7am. the clearance was smooth.. by 8am dah sampai doha. alhamdulillah.

bila aku tulis entry ni, terasa rindu sangat nak kembali ke sana. bila lah ada rezeki lagi. tq to friends yg ikut journey ni. it was pleasant, dipermudahkan. insyaAllah ada keberkatan kita pergi hari tu. yup, bila lah aku nak gi sana lagi. terasa sgt rindu...

2 comments:

Mohd Syafei Ahmad said...

best kan gi Umrah.. Thanks for persuaded us to join, walaupun mulanya macam tak confident bawak baby..

zal said...

tu lah.. mcm nak g lagi ni... tp nak g lama2 skit... 5 hari mcm ni tak puas!!!