Saturday, May 26, 2007

Perlu ke???

Daripada utusan.com.my

MU: FAM rayu AFC
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih
berusaha menyelamatkan kedatangan Manchester United ke negara ini dengan
menggesa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberi lampu hijau yang
diperlukan.
Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata,
ini sebagai usaha terakhir pihaknya agar kedatangan United untuk satu perlawanan
persahabatan dengan Pilihan Malaysia pada 27 Julai itu tidak dibatalkan begitu
sahaja.
Katanya, AFC perlu menimbang semula hasrat Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu menyokong kuat agar perlawanan
persahabatan itu diadakan juga.
“Kami merayu kepada AFC untuk menilai kembali
usaha keras kerajaan Malaysia dalam membawa Manchester United ke negara
ini.
“Perdana Menteri secara peribadi juga mahu melihat perlawanan itu di
stadium dan saya harap AFC boleh mengambil kira itu semua untuk
dipertimbangkan,” kata Raja Ahmad.
United secara prinsipnya sudah pun
melupakan kedatangan mereka ke Malaysia jika syarat keras yang dikenakan AFC
diambil kira.
Ini kerana Presiden AFC, Mohamed Hammam tetap berkeras agar
jadual kedatangan United itu dipinda ke tarikh lain.
Manakala di pihak United
juga terus bertegas dengan tarikh 27 Julai tersebut dan berkata, satu saja cara
untuk merealisasikan kedatangan itu ialah jika AFC boleh mengubah fikiran
mereka.
Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan di sini Rabu lalu
antara Hammam dan pengerusi Liga Perdana England, Dave Richards dan ketua
eksekutif United, David Gill.

Kenapa lah kerajaan M'sia suka sangat MU ni? Kenapa perlu berusaha keras? Bagus sgt ke team M'sia? atau sekadar nak tgk team M'sia kena belasah lagi?

Aku tgk bola (but totally tak minat MU hehehe) tp aku tak faham apa perlunya MU datang ke M'sia... untuk pembangunan sukan? persembahan hiburan? atau ada org yg mendapat untung daripada semua ni??? hmmm

8 comments:

Anonymous said...

aku rasa memang ada puhak yg buat untung besar la zal.biasa la tuh. silapnya penganjur yg bwk MU ke malaysia tak check jadual or FAM tak perasan kontrak diorang dengan AFC.

Ada pihak mesti dh keluar duit utk panggil MU datang.MU datang dibayar, kalau tak takde le dia nak singgah malaysia.So kalau MU tak jd dtg, duit deposit tuh hangus la... lepas ni kita nengok la tuding menuding pulak antara penganjur ngan FAM.AFC takde kene mengena.... ntah la...

mula2 CYC then MU pulak.. lantak diorang la

zal said...

ridz
most probably lah... dan ntah2 org yg bakal habis deposit tu org2 big shot la... or kawan2 depa...

susah kalau benda2 mcm ni involve politician... PM plak tu...

Anonymous said...

bawakla chelsea pulak ke kan..

Anonymous said...

dok kat Doha tu diam2 je lah.. hehehehe...

Anonymous said...

I nak jampuk boleh? Kalau I kan, I tak kisah MU ker Chelsea ker L'pool ker swimming pool ker...asal ada Cristiano Ronaldo dan Devid Bekam..he he he

zal said...

ard
Chelsea??? buat pe? bukan bagus pun... hahaha... ada team lagi gempak yg patut depa bawak... :-)

mt
hehehe... :-)

aina
cristiano ronaldo?? david beckham?? beckham tu dah ke US lah... ronaldo tu plak ntah2 pindah team lain tahun depan :-)

Anonymous said...

Bukan KJ dia hard fan MU ke? Maybe that's the reason? ;)

zal said...

anonymous
it must have involve money ni... tu lah berusaha keras...

but tgk lah FIFA/AFC... contract is contract, tak kisah lah ada involvement org kerajaan ke or up to PM ke... bukan mcm M'sia... bila involve politic semua contract boleh kena ubah...