Sunday, October 14, 2007

Raya : 1st day...

entry ni more or less nak citer kat my bro/sis n anak buah kat UK tu...

Selamat hari raya!!! :-) ni nak citer lagi fasal first day raya... starts quite early, aku bangun pun jam 6.30am (kira awal lah tu) dan terus mandi sunat hari raya... then makan lemang yang bapak aku bakar semlm.. lemang buat sendiri tau! and of course ngan mak punya yg signature raya rendang... rendang dinding... rendang dinding ni maybe tak sama ngan rendang dinding yg korang pernah makan, but for sure, my mom buat ni the best among all!!!

(if you read through this entry, u'll know more about my whole family)

then solat kat masjid dekat ngan hospital... lepas solat terus ke bidor... kebetulan tahun ni, my mom's side dah janji nak jumpa sesama adik beradik (yg perempuan) dia pagi raya. my mom ada 6 adik beradik, 4 perempuan n 2 lelaki... jumpa kat umah maksu (6-paling bongsu), adik dia yg bongsu. dulu masa my arwah opah ada, kat sini lah tiap2 tahun beraya kat sini. memang best masa tu sbb semua org berkumpul sekali, tp sekarang tidak lagi, mostly dah ada family - anak2 dan cucu masing2.

1. Umah maksu.... so what's in the house... ada maksu punya signature dessert... dan ada lemang, nasi impit, rendang kambing, daging dan ayam masak merah. maksu pun ada prepare nasi tomato n dalca. dan import soto ayam...

masa kat umah maksu tu cuma ada maksu n maktam (3) je, wancho (1) belum sampai, so, kitaorg g umah ayah chik (2). 2. Umah ayah chik, as usual, ada ketupat, nasi impit dan ketupat. but now ada rendang tok. kat umah ayah chik ada sedara dia sebelah wife dia, memang dengar citer depa kumpul situ tahun ni.

sekejap je kat situ... sbb dapat tahu wancho dah sampai kat umah. Wancho bawak almost the whole clan. tp sekejap je jumpa, mostly membincangkan petua camner yeop dah boleh kurangkan 14kg!!! yes dia nampak slightly susut. and wancho nampak sihat tapi makin kurus, tp ayah cho nampak sangat alzheimer. ambil gambar kejap... then decided utk ke umah mak chu dut...
3. umah mak chu dut. dia ni anak angkat moyang aku, so kiranya mcm adik beradik my opah lah. this is totally a visit of anak2 sedara tgk mak sedara... bukan makan sangat. ni the golden girls ambil gambar ngan mak chu dut :-) sekejap jugak, dia sendiri ada ramai anak2 dan cucu2 kat umah...
kiranya habis lah event sebelah my mom, and its already about 2pm. mmg jarang aku jumpa adik my mom, ayah man (5). mana ntah dia raya tahun ni. so dah settle sebelah my mom, g tanjung tualang visit my father's eldest bro. 4. umah We, dia sorang je adik beradik my father je masih duduk di kampung. nampak sihat lagi. anak2 dia tak ramai first day raya, semua plan raya umah mertua kot... tp yg ada pun dah cukup buat umah tu riuh... ayam masak kicap yg dihidangkan best :-) sempat solat zohor dan asar sebelum meneruskan perjalanan ke taiping.

5. Umah mak ngah. setelah sejam 1/2 drive, sampai kat taiping... umah penuh, semua anak2 dia ada... meriah... tp lagi meriah bila ada anak dia buat direct selling hehehe... jual rantai magnet tu... menantu mak ngah buat mee rebus. ok jer... hehehe... plan nya nak g umah abg my father, tp dia plak call kata nak dtg umah mak ngah. around 8pm dia sampai with the whole anak2 dan cucu2... yang ni sihat lah... so complete lah jumpa semua adik beradik my father... tak lama jugak sembang2 sebab my mom ada janji nak g open house umah kawan dia...

6. umah adik mak cik yah. yang ni baru lah ada serve mcm open house. ada satay, mee goreng dan 4 jenis rendang pedas - ayam, daging, lampung dan kerang... aku rembat yg kerang tu byk gile hehehe... mana nak ada kerang kat doha kan, so banyak lah aku makan.... plus rasa pun sedap... apa lagi.. :-) sembang2 dan makan2 by 9.45pm kitaorg berangkat balik ipoh...

tu dia... from 8am until 11pm aku keluar beraya on the first day. penat but it was really fun, especially bila itu lah masa nya dapat jumpa orang2 tua ni... dan memang dah jadi rutin my parents g visit semua adik beradik dia... and this mmg buat depa happy... aku driver jer...

4 comments:

MT said...

gambar first tu gambar untuk "marketing" ke? muahahahaha

tak sempat lagi nak update first day raya activities.. :-)

Ard said...

meriahnyer! so colourful! just how a raya should be. enjoy rest of ur holidays :)

zal said...

mt
nak market kat sapa pun??? tak laku...

ard
tiring but really enjoy it... how i wish i can still collect duit raya... sure dah penuh poket...

aizal the great said...

nic pic..