Monday, November 24, 2008

Y-o-G-A

Semua org ada pendapat dia sendiri berkenaan pengharaman yoga. Aku sebenarnya kurang faham kenapa perlu diheboh-hebohkan fatwa ni. dan aku pun hairan kenapa perlu bersidang dan mengeluarkan fatwa yg yoga tu haram. Sbb bagi aku ada banyak jugak benda-benda penting yg perlu difatwakan berbanding pengamalan yoga. Mungkin kah ada statistik yg menyatakan ramai org islam Malaysia jd murtad atau hampir murtad sbb selalu mengamalkan yoga... hmmm... biar lah yg bijak pandai yg membincangkan perkara. dn aku terima je lah fatwa tu as fatwa.

sebenarnya aku macam tak kisah pasal fatwa ni sbb walaupun aku seorang muslim, aku bukan pengamal yoga ataupun ada business yoga... jadi fatwa ni mcm takde kaitan ngan aku. tp yg hairan nya, kenapa agama lain pulak turut sama nak kecoh. fatwa ni haramkan penganut agama lain dr mengamalkan yoga ke? biar lah org islam yg dijatuhkan hukum ni pilih nak meneruskan yoga atau tak... sepertimana haram melakukan zina dan minum arak... bukan nya takde umat islam berzina dan minum arak... so, org muslim tu sendiri yg pilih... kalau dah mmg teruk tu, teruk jugak... bg lah mcm mana fatwa pun.

dan disebabkan berita ni telah disensasikan, sampai ke sini lah org bertanyakan aku apa sebab keluar fatwa ni, dan pendapat aku tentang fatwa ni. dan mostly org kata its a funny decision. aku pun tak tahu samada aku bersetuju ataupun tidak dengan fatwa ni, tp tak lah sesekali aku nak memperkecilkan keputusan tu. pada aku, it is all depending on one's faith. kalau setakat nak bersenam, aku rasa go ahead lah... aku pernah lah join kelas yoga dulu, satu dua kelas.... takde plak aku teringat aku kena baca mantra apa2... so aku pun jadi confuse macam mana aku nak explain kat org...

but anyway, after so much argument... utk mengelakkan perbalahan... aku selalu akhirkan perbualan dgn lawak bodoh... aku cakap kat depa... bila mana satu dunia memikirkan mcm mana nak menempuhi situasi kemelesatan ekonomi, bilamana sesetengah negara masih perang, bilamana ada negara mengalami politik bergolak, ada negara yg ada rusuhan kaum, ada negara mengalami bencana alam... dan semua ini menjadi masalah besar... tp kat Malaysia... our biggest problem is on yoga... isn't it cool... it shows mcm mana aman nya Malaysia, when kita takde isu besar, sampai kisah berkenaan yoga jadi liputan meluas and taruh kat front page lagi... :-)

(or perhaps, this news sekadar nak distract people from thinking of our political n financial stability issues... hmmm... or sekadar nak membangkitkan masalah perkauman... so that Malaysian Malaysia would never happen)

6 comments:

Along said...

dah lama x ikut perkembangan berita sebab buhsan..balik2 cite politik bodoh je, so ur post about yoga diharamkan was a mighty surprise. Yoga = haram?!! Tak paham...but like u said, banyak lagi perkara penting yg perlu dibincangkan, hal yoga ni lak yg sibuk2.

Anonymous said...

yoga hanya diharamkan kepada mereka yg benar2 mengamalkannya sehingga menggunakan mantera yg boleh memesongkan akidah. bagi yg hanya membuatnya sekadar bersenam tanpa amalan mentera (like the one u learnt)boleh diteruskan. takde masalah. islam kan agama yg adil dan fleksibel.
i'm pretty sure fatwa ini dibuat kerana telah timbul kes2 pemesongan akidah. lagipun ianya fatwa yg tidak memudaratkan, so let it be lah kan. kalau tak take action nanti disalahkan, kalau dah take action kata tak penting? hmm... tak paham...
i may sound naive, but i believe it is not to divert attention on other issues.

Mohd Syafei Ahmad said...

GULP.. napa aku rasa ko macam sindir aku.. jek

zal said...

along
concurred... thanks jengok blog ni..

pu3 umno perak
huh... jawapan ahli politik... :-p

whitelighter
hehehe... am talking in general ok :-)

Que Sera Sera said...

The government never fails to amuse me!!

Yeen said...

tahnye, yoga helps me to lose lotsa baby-weight! i didn't recall mantera manterem pung? but anyho.. whatever.. as long as i know my faith (dah lame pun tak buat yoga lepas dah kurus balik hahahaha)