Thursday, December 31, 2009

Hajj : Perjalanan Haji (8 - 12 Dzulhijjah)

(Sorry lama tak update... ni entry tertangguh yg dah lama nak buat... i will wrap up all the whole hajj experience here. kalau ada salah dalam hukum agama yg aku tulis kat dlm entry, tolong perbetulkan, aku pun bukannya pandai bab2 tu... insyaAllah, kita sama2 nasihat-menasihati)
bersedia setelah niat haji
8hb Zulhijjah... (Hari Tarwiyah)
khemah yg agak sesak tp masih ada ruang

sebelum hari wuquf, mengikut sunnah rasullullah ada hari tarwiyah, iaitu bermalam di Mina. perkara ni tak termasuk rukun atau wajib haji. dan org2 yg buat haji dr Malaysia, ikut tabung haji tak buat pun. so, pepagi 8hb dzulhijjah kami bersedia utk ke Mina. masa ni dah niat haji dah. sebelum zohor dah sampai Mina. dan masa ni lah kitaorg ambik tempat masing2 dlm khemah. aku dapat duduk dekat ngan kawan2 sebilik aku yg mostly bujang2. dan ikut pakej dr Doha ni, satu khemah bercampur dgn bangsa2 lain. pengalaman yg unik... sbb masing2 ada pe'el masing2... tp alhamdulillah ok je.
ni lah ruang tido aku... kat tepi sekali....

aku rasa agak tense on that day. maybe masa tu dlm ihram dan berdebar2 menunggu hari esok nya. masa kat Mina tu, mmg dibanyak kan talbiah dan berehat je... org pun tak banyak cakap... and petang tu hujan agak lebat... so suasana pun suram kat luar dan dalam khemah. ada parts dalam khemah yg masuk air, tp bukandekat tempat aku. masa tu kitaorg tak tahu pun, hujan lebat berlaku kat Jeddah and ada org meninggal dunia. mlm tu, lepas solat isya' terus tido, tunggu dinner tak sampai2.. rupanya jam 2am br dpt dinner... dpt ayam 3 ketul, aku tak makan, sambung tido terus.

9th Zulhijjah... (Hari Wuquf)

The big day.... قَوْلُ النَّبِى: الحَجُّ عَرَفَةٌSlide 8 - Haji adalah Arafah. betapa penting nya hari Arafah ni. utk detail pasal hari Arafah, blh lah rujuk buku2 agama.
ni bukan bas yg aku naik... tp ramai yg mcm ni...

so pepagi lagi kitaorg bertolak ke Arafah, utk tiba di sana sebelum zohor. mmg awal jugak kitaorg sampai. naik bas dr Mina ke Arafah, dekat je. tp ada jugak jemaah lain yg aku nampak jalan kaki je. di Arafah kami ditempatkan di dalam khemah. terasa bahang panas sbb khemah tu tak cukup ventilation. aku tunggu sehingga khutbah arafah dan kemudian berdoa. antara masa doa paling mustajab.

ada yg memanjat ke atas bukit berdoa... ada yg berada di tanah lapang... ada jugak aku nampak yg penat n tido keletihan kat dlm khemah...

selepas maghrib kami bertolak ke Muzdalifah. walaupun dlm 4-5 km je, tp makan masa lebih kurang 4 jam baru sampai Muzdalifah. a group of us, mostly 'bujang2' (ada bujang ketika haji je, sbb tinggal wife di Doha/Malaysia) ni, decided utk bermalam di Muzdalifah dan ke Mina untuk melontar di jamrah pagi esok nya jalan kaki. ada jugak ahli kumpulan kami (mostly yg bawak wife) terus naik bas ke Mekah utk tawaf Qudum.
mencari batu di Muzdalifah

sesampai je kat Muzdalifah setelah solat maghrib n isya' jama'. kitaorg kutip batu utk melontar dan mencari tempat lapang utk tido. cadangnya nak tido dekat2 ngan border ke Mina supaya senang esok nya. tp telahan kami silap, rupanya border jauh lagi, kami dah landing tido. seriously it was one of my best experience. Syukur Alhamdulillah. sebenarnya tmpt yg kami decide nak tido tu macam 10 meters from the big road. mmg banyak bas lalu... dan org pun lalu lalang dekat ngan kepala aku... and Alhamdulillah, tido lena... berehat sekejap sampai subuh.
tidur nyenyak atas tanah berlapikkan sleeping bag/sejadah...

10th Zulhijjah... (rami, tawaf, saie, tahalul.. Eid Adha) - oops, sepatutnya tarikh ni start lepas maghrib, kalau ikut perkiraan islam... tp utk blog ni aku guna start subuh.

berjalan sambil bertalbiah...

sesudah subuh berjemaah, kami berjalan kaki ke Mina, perjalanan dlm sejam lebih melalui +-4-5km. berjalan antara jutaan manusia dan celah2 bas. as i said in previous entry, untungnya buat haji dr Doha ni, kami dpt tentukan sendiri turutan ibadah haji. kami pilih cara kerja yg paling dekat dengan sunnah Rasulullah... insyaAllah... walaupun agak jauh tp tak terasa.
jamrah yg dah dimodenkan, ada 5 tingkat... so kurang sesak.

kami singgah dulu kat khemah yg kebetulan on the way ke jamrah. ada yg nak ke tandas ada yg nak rehat sekejap. perjalanan ke jamrah berbackground kan talbiah. mmg ramai manusia.. semua menuju ke tempat yg sama.
aku jalan kaki je, aku rasa lagi cepat dr yg naik atas bas ni...

walaupun ramai, alhamdulillah aku dpt sampai ke dinding jamrah dan melontar dengan mudah. rezeki... setelah melontar dan jumpa kengkawan semula... kami jalan kaki ke Mekah... kami jangkakan dlm 6-7km... perjalanan dlm masa lebih kurang sejam lebih skit. aku decided utk ikut jalan yg agak jauh tp lapang... sesambil jalan aku cek2 kalau ada saloon2 yg blh aku singgah utk tahlul awal. semua nya penuh je... cek punya cek.. sampai lah aku ke haram.. dan menyesal aku tak tunggu sekejap kat saloon2 sebelum tu... sbb dekat2 ngan haram lagi ramai org beratur. sebelum aku tawaf, aku g jugak cari kedai utk buat tahlul awal. ikut buku yg aku baca, Rasulullah tahlul awal dan memakai wangian pada jubah masa nak buat tawaf qudum dan saei. so aku nak jugak tahlul sebelum tawaf. Alhamdullillah... sempat jugak.
ni bukan aku, tp mamat sebelum aku...

setelah tahlul, aku berjalan sendiri ke masjid. hari tu hari jumaat, sesampai je kat masjid imam dah mula khutbah, aku decided utk berehat dan mendengar khutbah sebelum membuat tawaf. setelah solat jumaat br aku turun ke dataran kaabah utk tawaf dan kemudian nya saei di tingkat satu sbb ruang di ground floor sgt penuh sampai kena tutup. dlm jam 3.15pm aku selesai menunaikan semua rukun haji. Alhamdulillah... masa nak melengkapkan saei, aku rasa mcm kaki ni nak berlari je... terasa satu pencapaian diri... terasa air mata berlinangan, syukur kerana dpt sempurnakan semua rukun dengan selesa. Alhamdulillah.
That's me... on top of the van... best gak go bald ni.. terasa berangin/mentol je kat kulit kepala... refreshing

Kemudian kami balik ke hotel. berehat sekejap sebelum menuju semula ke Mina utk mabit di Mina. oleh sebab ada kawan aku yg nak repair kepala yg dah dicukur, aku dan teman2 sebilik decided utk pergi sendiri ke Mina dan tak naik bas hamlah. nak jadi rezeki, ni lah peluang utk aku naik van... ooops... naik atas van.. pengalaman menarik... tp kitaorg ni bijak sgt, dah naik baru tanya harga... hahaha... RM30 satu perjalanan. sesak jugak nak menuju Mina ni. tiba di Mina dah lepas maghrib... Hari 11 dan 12 (Hari Tasyrik)

Kami stay kat Mina utk dua hari Tasyrik ni. pergi melontar selepas zohor. Alhamdulillah selesa. Nothing much kat Mina ni... berehat2... bergembira sempena hari raya... dan berjalan2 sekeliling Mina. ada gak ziarah kengkawan doha yg buat haji dgn hamlah lain. very relaxing dan dah tak tense dah compared on the first day dtg Mina. Kami berniat Nafar awal dan pulang ke Mekah selepas melontar pada hari 12th zulhijjah.

aku sempat ambik video masa melontar ni... sebelum aku g melontar (esp jumrah aqaba on the first day) aku rasa agak risau sbb org cerita yg akan bersesak2 dan bahaya takut kena pijak2. mungkin disebabkan siapnya jamrah yg besar 5 tingkat ni, keadaan dah kurang sesak. hopefully video ni give a better pic on situation dlm jamrah. seingat aku ni gambar masa jamrah wusto.. yg no 2.



Hari 13 (Wida) - dan Madinah...
roomate dan aku bergambar semula setelah semuanya selesai...

Sebelum subuh kami dah menuju ke Haram... hari ni hari wida' :-( ... meninggalkan Mekah menuju ke Madinah setelah subuh pada hari tersebut. aku dah ada kat masjid jam 2.30am.. plenty of time utk menikmati pemandangan masjid sebelum meninggalkan mekah ni utk tak tahu berapa lama lagi... ntah ada peluang ke tak dtg semula. aku mmg nak subuh terakhir ni utk solat kat dataran kaabah.. so bersesak2 jugak lah... anyway, lebih cepat aku dpt selesaikan tawaf wida'... setelah tawaf, aku dapat solat sunat tawaf belakang makam ibrahim... agak tenang masa tu.. tak terasa sgt ramai org, walaupun pada hakikatnya padat jugak masa tu. bila terkenang kan bilakah aku akan kembali ke sini... air mata bercucuran (sedih + gembira)... syukur semua selesai... yang terbaik aku usahakan...
pandang terakhir aku sebelum meninggalkan haram....

akhirnya semua selesai.. dan menuju ke Madinah... relaxing je kat Madinah. aku yg tak sempat shopping2 masa kat Mekah, menggunakan peluang utk beli apa patut... beli jubah sehelai.. buku-buku... i wish i can stay kat madinah longer... tenang sungguh bandar madinah ni. kami stay kat Madinah utk 2 malam je... pepagi hari 15th Zulhijjah dah balik doha... perjalanan ke Doha lebih cepat dr datang hari tu... 20 jam je.... sesungguhnya pengalaman haji tak mungkin aku lupakan... insyaAllah aku akan datang semula...

Wednesday, December 23, 2009

-bz mode-

uiks... i was busy from 12/12.... sampai lah semlm.... and lega.. dah hantar dah keje... for the first time ever in doha... aku keje sampai pukul 10 - 11 mlm.. hahaha... and aku rasa penggunaan otak aku dlm tempoh seminggu tu mungkin hampir sama dgn penggunaan otak aku selama aku keje kat doha ni.. hahahaha... kidding...

anyway, banyak cite pasal haji tak tulis lagi kat blog ni... mcm ada takde moodnak tulis.. sebab mcm dah basi... insyaAllah.. kalau rajin aku tulis semua cite haji aku during the weekends....

janji nya.. weekends ni aku nak dok relax2... n menenangkan fikiran... sbb weekend sudah aku bekerja... when everyone else enjoy 3 hari cuti... it was Qatar National day hari khamis sudah... kepada orang2 malaysia yg cuti panjang hujung tahun.... enjoy ur holiday... kalau tk tahu g mana... dtg lah doha.... tiket byr sendiri... accomodation kat doha aku tanggung.... :-)

au revoir...

Friday, December 11, 2009

Rain 09...

sedar tak sedar dah 4 tahun aku mengalami musim sejuk kat sini... as per my blog entry tahun2 sudah dah aku explain yg hujan menandakan perubahan musim... tp satu benda yg selalu diperkatakan setiap tahun, makin lama makin lewat musim sejuk bermula kat doha ni... aku rasa mcm typical je statement ni, sbb masing2 keluar kan pendapat dgn takde sorang pun blh really determine the real date when it was raining tahun sebelum nya....

lets use this blog to check... seingat aku, aku akan tulis entry bila ujan ni...

so for this year 2009...
- hari ni betul2 hujan... tarikh - 11 December 2009....

tahun 2008, citer pasal ujan ada dlm entry ni...<rain... rain... rain...>
- so dalam entry bertarikh 18 January tu, ada tulis minggu lepas tu... ada hujan 3-4 kali dalam seminggu dan 2 minggu sebelum nya ada ribut pasir... and cuaca sejuk start masa ribut pasir... so, hujan tu kiranya start between 7 hari sebelum entry tu, lebih kurang lah... so dlm 11 January 2008 ar lebih kurang... hmm tak lah tahun ni lewat, cuma nya dlm gambar tu, siap banjir2 lah depan umah aku... hehehe... tahun ni br start dgn renyai2...

tahun 2007, dengan motif yg sama... ada gak cite pasal hujan... kat entry ni... <breakfast>
- entry 29 December ni cakap, baru je nak sejuk doha ni... lets say 2 minggu sebelum tu dah start sejuk... i.e. hujan as a sign of makin sejuk... perhaps hujan 15 December 2007 lah... hmm...

tahun 2006 plak.. ni for sure aku tahu awal... sebab seminggu sebelum asian games tu dah ujan... asian games plak awal bulan 12... ada aku tulis skit kat entry ni... <cooler>
- entry ni mmg awal... 30 November 06 and aku tulis dalam minggu tu dah hujan 2 kali... so earliest would be around 23 November 06.

although the track from this may not be accurate or perhaps tarikh aku tu salah... but still tak lah jauh beza tarikh musim ni berubah, sampaikan ada cakap.. last year bulan 10 dah hujan.. or bulan 11 dah confirm winter... perhaps sejuk mungkin terasa awal lagi... but we keep the concept yg hujan petanda perubahan musim.. tahun ni tak lah lagi lewat dr tahun lepas etc2... lebih kurang sama je... :-)

hehehe... ada guna gak blog ni... guna yg tak penting mcm ni lah... hehehe... (kelakar bila baca entry2 lama...hahaha)

Tuesday, December 08, 2009

Haj: days before tarwiyah (4) - Abraj al bait...

As most of you maybe dah tahu... kat sebelah masjidil haram ada satu bangunan yg besar giler... and kenkadang nampak lagi gah dr masjid... mcm ni lah rupa bangunan tu dr dalam masjid...
actually bangunan tu mostly service apartment dan hotel... aku ada bertanya harga apartment tu, for studio apartment approximately 600++sq meter harganya dlm SR2.5 juta... tu kalau facing city, kalau facing kaabah harganya SR4.5 juta rasanya. service apartment ni managed by fairmont hotel rasanya, so kalau kita beli tp tak nak manage sendiri, kita blh dpt pulangan 10% every year. kata salesman tu, ada ramai dato'2 kat malaysia dah beli apartment kat situ. ujung tahun depan katanya siap...
tp tu yg kat atas2 tu, yg katanya akan ada ruang utk solat boleh nampak kaabah... so sapa beli apartment kat situ tak perlu lah turun haram kan... walaupun dekat... hmm... kat bawah nya plak ada 3-4 tingkat shopping mall... setakat ni ada few brands dah ada situ... ada kedai guess, debenhams, next hmm apa lagi ek?.... ada gak foot locker dan Starbucks... hmm... sigh... oh bagi sesapa yg penat bershopping n tetiba tak sedar waktu solat, blh je terus solat dlm kawasan mall ni, sbb lantai dia dah ada buat line solat, so senang, blh je tahu mana arah kiblat... so instead of buat tawaf sunat... blh je buat tawaf kedai... hmm...
mmg gah bangunan ni, kalau dr apartment yg kitaorg duduk i.e. 6km dr haram, mmg blh nampak bgnn ni... so kita senang nampak kiblat... entahnya satu hari nanti kalau ditanya mana arah kiblat kalau dlm kawasan mekah... kita tunjuk je bangunan ni... in fact bangunan ni nanti lagi tinggi dr twin tower klcc tu... so rasanya senang sikit nak bayangkan tinggi mana bgnn ni... in future macam ni lah jadinya bangunan ni...
i dont really know the rationale of having this building, dengan shopping mall yg besar tu... tentunya penjaga haramain ni dah istikharah sebelum decide nak bina bangunan ni...
picture taken after subuh.... setelah selesai buat tawaf wida'...

Monday, December 07, 2009

Haj: Days before tarwiyah (3) - Millions...

Bila aku sembang ngan budak office yang bukan Islam, byk yg tanya aku mcm mana aku manage utk duduk dlm jutaan manusia kat Mekah tu... how does it feel to be in the crowd? mmg sesak... ada kalanya sesak yg mcm nak tumbang.. tp ada kalanya mcm ada space utk diri sendiri... keadaan paling sesak selalunya masa tawaf especially kalau tawaf kat dataran kaabah tu... aku tak pernah tengok umat manusia seramai ini seumur hidup aku... aku rasa bukan aku je kalut tengok ramai orang, sbb ramai org akan keluar camera ambik gambar org2 ni... sungguh ramai... susah nak gambarkan... millions!!!
gambar waktu subuh beberapa hari sebelum 8hb Zulhijjah.. dah ramai dah org.. ni kat luar kawasan masjid, mmg dah siap penuh kat luar, walaupun kat dlm masih ada ruang...

seingat aku masa aku tawaf ifadah, rasanya org tawaf sampai takde tempat solat kat dataran tu... dr hujung ke hujung.. and penuh... tp still once u are in the crowd, u can follow the flow... insyaAllah ok... tp ntah kenapa among all the people, aku rasa antara org yg paling kuat could probably perempuan2 indon... aku rasa depa ni kalau dah buat human chain, mmg lah semua org kena tolak... and actually bukan depa je, kalau ada human chain mmg lah better jauh kan diri... kalau tak abis lah kena tolak...
waktu asar dr atas tempat saei... penuh org kat dataran kaabah...

masa tawaf tu, selalunya paling terasa bertolak2 bila melalui area dekat hijr ismail, dan area ni lah byk group of people nak menentang arus or melangkah arus... lalu kat tgh2... bila org2 ni lalu mmg tertolak2 semua org... dan tempat paling lapang adalah selepas hijr ismail ke rukun yamani... yg tu tenang je.. ada space bernafas...
back to human chain ni, aku kenkadang seronok tgk depa ni yg berpakaian seolah2 hari sukan sekolah (especially indonesians)... ada yg bertudung kepala warna sama.. ada yg dengan selendang kat bahu... ada yg taruh riben kat kepala... ada yg dah bercolor2 bagai ni pastu tambah plak topi... unik betul... :-) selain dr indonesian group yg selalu buat human chain ni jemaah turkey... ni kalau tersentuh ngan depa baik lah bg je ruang... :-)

tp ada jugak sesak2 berpunca dr org2 yg nak mendapat pahala sunat mencium hajar aswad... sbb nak mengejar pahala sunat, dia plak buat dosa dgn menolak2 org lain... dan pernah aku nampak ada org yg nak solat sunat betul2 belakang makam ibrahim kat dalam tgh sesak2 org tawaf ni... perempuan plak tu (tu la aku rasa perempuan ni sebenarnya kuat and mmg kejar rights depa) dan ada lah hamba Allah (yg mungkin terasa nak jadi 'malaikat') or perhaps husband dia yg menghalang perjalanan org tawaf supaya tidak langgar perempuan yg tengah solat ni... so terpaksa lah dtg polis marah2 mamat ni n suruh beredar... mmg menggangu perjalanan tawaf... tp semua ni banyak masa selain dr masa tawaf ifadah... sbb masa waktu tawaf ifadah mmg semua concentrate buat tawaf je... so agak teratur walaupun sgt sesak...
gambar sebelum aku join utk tawaf wida' (sedih betul hati masa buat tawaf wida' ni)

Alhamdulillah... sesak macam mana pun pasti ada ruang utk kita beribadat... takde aku dengar dikalangan kawan2 aku yg tercedera semata2 bertawaf... Alhamdulillah... tapi melihat dan berada dikalangan jutaan umat islam... mmg tak dpt digambarkan... terasa kecil betul diri ini dalam lautan manusia... (kecik lagi rasanya aku berbanding kekuasaan Allah).

Sunday, December 06, 2009

Haj: days before Tarwiyah (2) - women's right..

(this entry may involve some fiqh issues, kalau ada salah silap, please perbetulkan aku...)

"hajjah!!! wara'... hajjah wara'... hajjah wara' "
"haram... ya hajjah... haram.... wara' wara'"

kenkadang ada jugak cakap...
"hajjah... belakang! belakang!" (mungkin kerana jemaah indonesia (+ Malaysia) adalah jemaah teramai)

selalu jugak aku dengar jeritan2 gitu bila dah tiba waktu solat... ini kerana ada wanita2 yg berada di saf-saf depan, depan dr saf lelaki... bagaikan mereka tak tahu yg saf perempuan sepatutnya di belakang lelaki... mungkin bagi depa, since depa sampai awal, depa blh pilih tempat di hadapan. atau depa rasa hak mereka juga utk mendapat pahala lebih banyak i.e. di saf hadapan...

perkara ni bukan perkara baru, tetapi yg aku dengar cerita dah lama dah... sejak dr dulu lagi dan susah betul nak perbetulkan pemahaman orang2 ni...

Rasulullah bersabda: ‘Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.’ (Riwayat Muslim).

tapi yg sedihnya ada jugak suami yang teringin solat bersebelahan dengan isteri. mungkin pengalaman kat dalam masjidil haram ni nak sama2 rasa, so agaknya difikiran mereka lebih seronok solat sebelah menyebelah...

ada satu hari tu, aku beriktikaf dgn 2 rakan aku... bila tiba waktu solat kami dapati ada seorang perempuan berada dalam saf yg sama, kebetulan tempat tu saf nya pendek2, jadi kawan aku tegur lah suami perempuan tu, dan minta isteri nya solat dibelakang... yg sedihnya, lelaki tu menjawab, kenapa wife dia je tak blh solat sebelah dia... sedangkan ada jugak perempuan lain sama saf dgn suaminya, astaghfirullah...

*this entry bukan berniat riak... sekadar berkongsi cerita*

Saturday, December 05, 2009

Haj: days before Tarwiyah (1) - the amazing race???

(this entry may involve some fiqh issues, kalau ada salah silap, please perbetulkan aku...)

selalunya sebelum g haji kita akan bertanya dengan org-org yg pernah pergi haji utk mengetahui pengalaman mereka... utk memberi bayangan apa yg kita hadapi... untuk bg nasihat-nasihat apa yg kita patut buat... Alhamdulillah ramai kengkawan blh citer apa benda2 ni... kengkawan doha especially, sbb kita org pergi dr sini lebih independent berbanding daripada pergi mengikut tabung haji dr Malaysia.

frankly persiapan haji sebelum aku pergi memang tak lengkap mana... baca pun satu tabung haji yg simple... pergi satu dua manasik haji... tp alhamdulillah, sesampai di Mekah aku dpt buku manasik haji yg disediakan oleh kerajaan saudi, i.e. yg menyenaraikan ibadah haji menurut sunnah Rasullullah SAW. tambahan plak aku ditempatkan sebilik dengan seorang kawan yg lebih alim bab agama berbanding aku. so dlm tempoh beberapa hari tu lah aku menambahkan ilmu dan cuba dalami ibadah haji...
so, masa ni lah br aku betul2 faham kerja haji tersebut.. apa yg sunnah buat... dan apa option yg ada... masa ni lah kita blh compare dengan pengalaman org lepas, mana boleh ikut, mana yg boleh sekadar ambik tahu saja. Berkongsi pengalaman mmg elok, tp sebelum kita ikut kita perlu tahu apa yg sepatutnya kita buat. apa sebenarnya ibadah atau matlamat satu perbuatan, kerana sesungguhnya ibadah haji yg patut kita ikut adalah seperti sunnah nabi, bukannya pengalaman org-org terdahulu. sbb kalau silap paham, dan buat kesimpulan/rule baru, mungkin jadi bidaah plak... bahaya tu... oops... aku bukannya nak kata aku turut sunnah 100% tapi aku berusaha ke arah itu, selagi terdaya dan sepemahaman aku dan kawan2.

beruntungnya pergi haji dr Doha ni (berbanding dr Malaysia), kami pergi bagaikan independent, kami tentukan sendiri turutan rukun yg kami lakukan, hamlah (agen haji) cuma sediakan penginapan dan pengangkutan yg utama. oleh itu, kami berpeluang menurut sunnah e.g. melontar di Aqabah right after subuh... bertawaf ifadah pada 10 zulhijjah etc etc.. bila diteliti kerja haji pada 10 zulhijjah merupakan peak day in terms of kerja haji i.e. banyak kerja perlu dilakukan on that day dan mmg betul2 menguji keupayaan fizikal seseorang. patutlah ibadah haji ni org kata lebih berbentuk fizikal. (nanti aku detailkan apa yg aku buat pada 10 zulhijjah dlm entry akan datang).

dan disebabkan byk benda nak kena buat, seolah-olah jadi pertandingan plak, sapa dpt buat paling laju dan bagai berlumba dapat siapkan cepat... sapa dpt cari leeway/options supaya berpeluang utk mempermudahkan kerja... sapa dpt delay benda yg blh delay supaya dpt lari dari kesesakan... ada yg cuba buat seringkas mungkin, janji dpt selesai...
ada masa nya aku ada terasa mcm amazing race, when we have to report kat satu check point by certain time... sampai aku confuse sekejap, setahu aku ada lebih 2 juta org buat ibadah ni, bukan semua nya cergas, adakah akan jadi ramai org akan disqualified sbbkan tak sampai check point at the stipulated time... astaghfirullah... alhamdulillah... semua ni dapat di clearkan dengan ilmu, alhamdulillah, aku ada rakan2 yg membantu... so kitaorg dpt confirm kan apa yg sunnah, apa yg rukun dan apa yang wajib... so yg kusut dpt settle... alhamdulillah...

sesungguhnya buat ibadah haji ni perlu ilmu... kelengkapan ilmu tu penting... supaya kita tahu apa yg patut kita buat... so tak lah jadi ibadah tu sekadar ikut orang.. taklid buta... bertanya jika tidak tahu dan berdoa utk dipermudahkan memahami ibadah ni, insyaAllah...

*this entry bukan berniat menunjuk2... sekadar berkongsi cerita*

Friday, December 04, 2009

Haj: Day 1 (and 2)...the journey to Makkah

we were told that the whole journey to Makkah from Doha would take approximately 30 hours... few days before the travelling day aku sibuk fikir... what would i do to spend the 30 hours... Ipod tak de... membaca aku akan sakit kepala... tido? takkan sampai 30 jam, aku pun tak beli neck pillow... bersembang?tak elok plak, sbb nak g haji... berzikir and bertahmid? hmm... for 30 hours, kalau aku mampu buat bagus sgt lah tu... (aku hunt for neck pillow kat doha ni, paling murah aku jumpa QR120!!! giler... so aku end up bawak bantal airline je.. :-) )

so... since jadual yg dipercepatkan (6pm 16 Nov) kitaorg diarahkan berada di lokasi bas bertolak, masjid dekat the mall waktu maghrib (4.50pm) sbb seelok2 nya jam 5 dah bersiap dan bas selalunya bertolak on time... but we've (we being me and kimie) decided utk solat kat umah che le je, since ramai plak org nak menghantar (alhamdulillah), so lama lah nak bersiap. so kitaorg sampai lewat skit dlm 5.15pm dan yes, i was nervous giler masa tu... sampai tak reti nak bersembang ngan org2 yg dtg...

16 November 09:
1800 - semua org dah berkumpul... tapi bas tak muncul... ada upacara pemberian beg hamlah (agen haji) dan packed food. majlis sembang2 bermula sambil tunggu bas...
2015 - baru lah bas muncul... thanks kengkawan sbb tunggu sama2...
2030 - bas mula bergerak... doa dibaca... nervous dah hilang :-)
2130 - sampai di border Qatar - Saudi (Qatar side). apparently we have to wait for other busses from the same hamlah, ada 7 semuanya termasuk bas kitaorg. reason, imigresen nak proses semua serentak..
2300 - br gerak ke border...

17 November 09
0000 - sampai border saudi... multiple benda kena siapkan... kena register where we have to taruh cap jari dan kena ambik gambar... then cop passport... and lastly kena cek beg, where anjing digunakan naik atas bas dan cek our bags... hmm...
0430 - we consider it was very fast and smooth, kitaorg dpt bergerak meninggalkan imigresen cepat berbanding bas2 lain...
0500 - berhenti for subuh... approximately 1km from the border... and we were ready to go after the 30 minutes break. semua dah naik bas... aku pun dah ngantuk2 n tido2... tp aku perasan bas tak pun bertolak lagi... found out that the bus driver mengantuk and decided utk tido kat tepi tayar bas... sian dia... :-) so we waited for him patiently sampai dia segar...
0700 - baru mula menuju destinasi... and most of us tido je...
0900 - setelah 2 jam on the road... tetiba bas berhenti... rosak plak... kena repair belt dan ada hose bocor plak... nasib baik driver tu blh baiki plus ada org local yg membantu...
1100 - off we go... another approximately 1100km to go..
1300 - break for lunch and solat zuhur n asar. a very quick one. makan nasi ngan ayam. toilet was good
1400 - kembali on the road...
1730 - smooth on the road... and again stop for toilet break... dinner... maghrib n isya... toilet ok food pun ok.. but masih control makan, sbb tak nak sakit perut :-)
1830 - back on the road... tido... tido... tido...
2045 - bas berhenti semula... driver request utk berehat and tido... dia dah bawak bas pun dah tak betul (according to sapa yg jaga lah)... takpe lah dia tido, better than accident... and we enjoyed our tea break...
2320 - back on the road approximately a couple of hundred km before taif

18 November 09
0200 - stop kat Qanr Manazil for Miqat... mandi sunat and berihram...
0315 - all back on the bus, and start bertalbiah... for approximately 30 minutes, bas still tak jalan2 gak... rupanya we have to wait for this one guy yg bawak kereta pick up yg nak g our apartment kat Mekah but do not know the way to get there... yg kelakar nya the pick up guy tetiba hilang n tak nampak mana... until dah masuk subuh, so we've decided to solat subuh terus...
0600 - back on the move to Makkah...
0815 - reached our apartment kat Ghassala area, Makkah...
0900 - out from apartment for Umrah... and complete all before zuhur...so there you go.. in total.. approximately 36 hours!!! of travelling (kalau ikut date, 3 hari tu!!!) a lot of waiting time... a lot of time spent kat border... but what most important, we arrived safe and sound... alhamdulillah... and semua org bersabar je the whole journey... tak de sapa merungut... (the whole detail above adalah sekadar berkongsi pengalaman... no complaints or whatsoever)

so what i did the whole time kat atas bas tu? tido... aku rasa ada cuma sejam or max 2 jam aku berjaga dalam bas tu... the rest, gerak je bas... aku tido... tak sangka aku blh tido that long :-) btw, no pic taken during the journey sbb camera digital yg aku bawak tu dah abis bateri, tak check before travelling... hehehe...

Thursday, December 03, 2009

Haj : Am back...

Am back from Haj... sampai doha jam 4am hari khamis... earlier than expected sbb mak2 budak dah rindu anak depa, so kitaorg bertolak 6 hours earlier than schedule... since so i have 3 whole day utk berehat sebelum masuk office semula hari ahad ni.

Hajj.... alhamdulillah.. selesai... org tanya aku pengalaman aku best ke tak... aku tak tahu nak jawab mcm mana... tp for sure, aku rasa pengalaman aku tak de cerita pelik2 yg sesuai masuk mastika... :-) dan tak de juga suara2 berbisik kat telinga yg tetiba balik mcm insaf 180 degree... but alhamdulillah... berkat doa kengkawan jugak, haji aku dipermudahkan... jalan kerja dan ibadat terasa mudah dan selesa....

ok... that's for now... nanti aku cite more detail, part by part... my observation dan haji aku... insyaAllah... and aku share experience aku bukan utk ria' tp sekadar share cerita... aku jugak maybe akan libatkan sedikit citer pasal bab agama which aku bukan lah org yg berilmu, jadi kalau ada sesapa yg rasa perbahasan aku bab agama nanti tu salah, harap sangat diperbetulkan... sama2 kita belajar.