zal dah lama berangan nak keliling dunia... kalau boleh nak lihat dan menjejak seantero pelusuk dunia... tapi duitnya tak pernah cukup. Ada jugak dia berjalan ke sana sini tapi hanya beberapa hari sahaja. Oleh itu bagi meneruskan cita-cita, zal mengambil keputusan untuk hidup mencari rezeki di negara orang. *Itu dulu... Sekrg zal dah keje kat Malaysia... dah kawin dan ada anak... jd travel dia dah lain... so check out his other blog... travellingbabies.blogspot.com
Tuesday, February 27, 2007
kena tag???
"the rule of the game : in this game... each person who is tagged starts out by telling 6 things that people do not know about themselves in their own blog... as well as state the rules clearly... At the end... u will need to choose 6 people tagged and list out their names after that... leave them a comment on their blogs letting you know you tagged them and get them to read your blog."
so kat sini aku nak bagitahu 6 perkara yang aku rasa orang tak tahu pasal diri aku... hmmm... orang melayu kata macam buka pekung di dada plak kan... ok... tak pe lah aku citer benda yang biasa2 jer lah....
1. aku tidur berdengkur... sepatutnya aku pun tak tahu pasal ni kan... tapi nak jadi citer kenkadang aku sendiri terdengar dengkur aku bila aku terlelap sekejap (tidur-tidur ayam)... so kalau orang lain tidur ngan aku for sure lah akan terdengar dengkuran aku ni...
2. aku obsess ngan comment kat blog... dengan hidup yang pathetic and tak ramai kawan kat D0ha ni, aku amat menghargai komen-komen yang muncul kat blog ni. tak terkira berapa kali aku sebenarnya masuk blogger semata-mata nak tengok berapa ramai orang komen. aku rasa orang yang komen-komen tu really care about me...
3. aku tak suka kerja yang aku buat sekarang ni. aku sebenarnya tak pernah suka bidang kerja aku sejak aku belajar dulu... aku rasa dulu masa kecik-kecik aku minat jadi architect dan pilihan kedua aku dulu rasanya nak jadi lawyer... sampai sekarang aku masih minat dua kerja ni... dan admire those in this line... tapi dalam tak minat-minat tu aku tetap jugak score masa kat Uni duu dan pass my professional papers... dan bercadang nak ambil satu lagi professional papers...
4. aku ni tak pandai berkawan... selalu nya lama-lama semua nya lari.. mungkin sebab aku banyak cakap kot... aku tak pernah ada kawan yang betul-betul baik ngan aku... kawan aku selalu tukar ganti... tapi aku memang menghargai semua kawan-kawan yang nak baik ngan aku...
5. aku hidup dengan angan-angan... ada yang boleh kata plan... ada yang boleh kira sangat berangan-angan... aku memang hidup dengan berangan... semua angan-angan aku tu untuk live life the easiest way and create more colors in my life... dan itulah yang membuat aku hidup dari sehari ke sehari... dan kalau nak tahu apa angan-angan aku sekarang ni, in 2 years time aku nak kumpul cukup duit aku nak berhenti keje/ambil cuti panjang, aku nak travel seluruh amerika selatan...
6. aku sedih dengar cerita-cerita sekarang berkenaan perang yang mungkin berlaku kat sana... dan aku bersedia menjadi Hvman Sh!eld kalau diperlukan... kalau sesapa tahu ada badan-badan yang memerlukan aku ke sana dan be with those iranian... please do contact me... hidup kat dunia tak lama...
ok... itu lah apa yang aku boleh terfikir sekarang ni.. yang aku rasa korang taktahu.. mungkin lah ada yang tahu satu dua.. tapi aku rasa mesti ada among the 6 tu yang korang tak tahu...
I've tried but I can't
I've tried.... tapi cuma bertahan hanya satu hari sahaja....
i certainly cannot stop talking... apparently the only day yang aku cuba tu... ada gak kengkawan dah kata aku membosankan sebab aku senyap... macam mana tu?
so patutkah aku mencuba sekali lagi... hehehe....
btw, kawan yang sakit hati ngan aku tu, dah ok dah... so aku dah dibenarkan cakap semula... :-)
Travel Report : DBX (4) 5 facts
1. construction...
walaupun Duba! dah lama membangun, di sana sini masih penuh dengan construction... aku pun tak pasti siapa kah yang bakal menghuni pembangunan ini. yang aku tahu dari keseluruhan populasi Duba! hanya 15% sahaja local. kesesakan jalanraya memang lah teruk (walaupun aku tak mengalaminya semasa aku di sana hari tu) menurut kawan aku, pada masa morning rush hour perjalan 15km di antara Shrjh dan Duba! boleh mengambil masa lebih dari 2 jam... pergh.. tak sanggup aku...
2. bangunan
kat Duba! ni kalau boleh semua yang tercantik, terbaik, tertinggi, terbesar, termoden dan ter.... ter... ter... lain akan dibina. Sekarang ni yang paling jelas pembinaan Bvrj Duba! yang bakal menjadi bangunan paling tinggi di dunia. dan menurut hikayat yang aku dengar, ketinggian keseluruhan bangunan ini masih lagi dirahsiakan dan sekiranya terdapat bangunan lain akan dibina lebih tinggi daripadanya, bangunan ini boleh ditinggikan lagi. dari udara, semasa perjalanan pulang ke D0ha, aku dapat tengok juga tambakan di laut bagi membentuk kepulauan buatan manusia membentuk 'the world', the palm... dan lain-lain. berkemungkinan akan ada cubaan menghidupkan hidupan dasar laut pulak nanti... memang hebat... ada duit semua boleh buat.
3. Mall
bestnya mall di sini berbanding D0ha adalah interior design nye yang cantik... memang nampak banyak usaha yang dibuat bagi memberikan kelainan pada setiap mall. tak seperti di M'sia yang mall nyer berkonsepkan sama saja kecuali K.L-C.c (pada pandangan aku lah... so lagi lah best window shopping kat sini. kalau lah satu dua mall sebesar ni dibina di D0ha... tak der lah bosan sangat kat D0ha ni... hehehe... walaupun banyak mall dan besar-besar belaka, ramai betul orang kat dalam nya, bukannya ada jualan murah ke apa... aku tak boleh bayangkan macam mana kalau masa shopping festival.
4. local
aku sebenarnya tak berapa pasti ke mana hilangnya penduduk tempatan yang berpakaian jubah dan abaya kat sini. memang jarang sangat aku nampak. ada ketikanya boleh terasa seumpama berada di eropah (atau filipina hehehe...) lagi pun kecuali tulisan-tulisan arab, memang tak de langsung nampak budaya islam atau arab diketengahkan... entah suatu hari nanti lupus terus budaya arab dan Islam dari duba! ni. berbanding D0ha... masih lagi ramai orang-orang arab berpakaian tradisi dengan dish dash... dan perempuan ber abaya....
5. Superficial
semua di Duba! ni boleh dikatakan superficial. semuanya man made... dalam tempoh beberapa tahun lagi akan wujud lebih banyak pembangunan yang memberikan pengalaman superficial. orang dah banyak duit kan.. semua boleh buat.
ok... ni lah entry terakhir aku untuk trip ke Duba! aku... korang pun dah bosan asyik citer duba! aje kan... hehehe... anyway... aku rasa, best jugak kalau duduk di D0ha... tenang dan community lebih rapat. dan bila-bila cukup duit... aku terbang ke Duba! lagi... to AP and WMM aku akan ke sana nanti bulan 7 yer... katanya akan ada Summer Sale plak... hehehe :-)
Sunday, February 25, 2007
Travel Report : DBX (3) shopping...
Datang ke Duba! ni matlamat nya nak ber window shopping lah... walaupun Duba! Shopping Fes+ival dah tamat awal bulan dulu (aku missed tak dpt pergi) tp aku berhajat nak pusing2 n tgk2 shopping mall yg menarik kat sini... hehehe.. nak shopping jugak lah skit sambil plan for next trip..... so ni lah shopping mall yg aku, MT dan AP pergi...
1. Med!nat Jume!rah...
mmg tempat dia kelas jugak... tp touristic, aku rasa aku tak perasan pun ada org arab kat sini. mungkin sbb aku pergi tu hari jumaat kot, org tak keluar lagi. lokasi dia sebelah Bvrj-AI Arb area Jume!rah. kedai2 di bina seolah2 souq lama. menurut kata AP (sebagai pemastautin Shrjh) brg kat sini mahal... yang cantik nya tempat ni, semcm ada canal kat tpt makan2, dan org blh try dhow utk pusing2 canal, tak sure samada canal bersambung terus ke hotel berdekatan ke tak...
tp yg paling best nye tempat ni adalah view tempat makan2 dia.... and this is the view... lovely.... sbb kitaorg baru lepas breakfast dan ada banyak lagi tempat nak pergi... kitaorg tak de lah melepak kat sini.... cantik kan...
2. Mercat0
dekat sahaja lokasi dgn Med!nat Jume!rah ni... juga berhampiran dengan jume!rah beach. agak tersorok sedikit shopping complex ni sbb dia kat kawasan perumahan. cuba menampilkan style bangunan disekitar italy atau lebih specific venice cuma takde canal mcm med!nat jume!rah. tak der lah apa2 grand pasal shopping mall ni sebab isi dalam nye sama jugak macam shopping mall kat D0ha... cuma interior design saja best skit. again.... tempat makan minum jugak grand... dekat concourse area...
dekat dgn Mercat0 ni lah kitaorg stop for lunch kat Noshi Noshi...
dan
on the way ke shopping mall seterusnya kitaorang singgah kejap kat H4rd R0ck C4fe duba!....
3. !bn Battvta MaII
ni shopping mall yang best skit nak window shopping. besar dan interior design yang cantik. berkonsepkan perjalanan !bn Battvtta merentasi laluan sutera. jadi ada lah area berkonsepkan Peradaban China, Peradaban India, Peradaban Persia, Peradaban Mesir, Peradaban Tunisia dan Peradaban Andalusia... (aku agak keliru berkenaan Tunisia dan Andalusia tapi tak kisah lah, interior design saja). Sebenarnya bukan sekadar interior design, ada juga bahagian yang menerangkan kemajuan peradaban-peradaban tersebut dan perjalanan/penemuan yang dibuat oleh !bn Battvtta. kira boleh lah shopping sambil belajar...
dan konsep yang paling aku suka.... Persia.... (bila lah nak pergi ke !ran lagi, sebelum kena serang dgn Amer!ka... -harap-harap tak perang, kalau jadi perang hancurlah tinggalan !slam sana :-( )
4. MaII of Em!rates
kat sini lah terletaknya tempat luncur salji dalam bangunan. jadi jangan kata orang kat padang pasir tak boleh berski, ada duit semua boleh buat hehehe... dah lewat petang masa tiba di sini, kitaorg tengok-tengok skit kemudian makan diTG!F sambil berviewkan orang berski. Interior design... biasa saja... tapi for window shopping, aku rasa aku suka lagi tempat ni dari !bn Battvtta.
selepas tu kitaorg ke Bvrjuman Mall tapi dah lewat kedai-kedai dah tutup. kata pemandu pelancong kat mall ni hanya menempatkan butik-butik high class dan mahal, memang kuli-kuli macam aku ni tak layak nak shopping sini. kitaorang ke sini pun sebab kawan aku yang baru 2 minggu keje kat Duba! ni stay sementara kat hotel di Bvrjuman tower ni.
so... itulah habis sepanjang hari aku kat Duba!... memang lah hajat nye nak window shopping dan tengok dan beli apa-apa yang patut... dan akhirnya ni lah barang-barang yang aku beli (cuba kira berapa banyak shirt aku beli... hehehe)
t-shirt kat atas tu.... tak de unsur-unsur bongkak dan takabur... saja je melawak ye... :-)
Travel Report : DBX (2) G9 vs AK
1. pricing
nama pun budget airlines jd yg paling penting harga la. bab harga ni AK mmg menang. mmg AK controlled well dgn dia punya cost jd dia blh play with the revenue. dan tiket G9 ni kira mahal lah... paling murah utk 1 hour flight between D0ha ngan Shrjh (yg aku pernah jumpa la) QR380++ itu pun tahun sudah, kalau tahun ni, paling murah yg aku nampak QR561, utk 1 hour flight. dulu aku pernah g Jakar+a dr KL, 2 jam flight, harga less than RM400. tp berbanding dgn commercial flight kat sini, QR561 ni can be considered cheap lah. btw, AK lagi menang bab pricing ni sbb ada pernah aku beli tiket2 percuma AK dulu... (tp byk gak aku beli tp tak guna!!! rugi saja)
zals - AK 1 - G9 0
2. seating and inflight entertainment
ok, mungkin aku tak blh lah nak cakap byk on service sbb baru sekali sahaja aku naik G9 kan. tp for sure G9 menang sbb dia ada bg air minuman (mineral 300 ml) kat atas flight. plus, ada flight entertainment, tv kecik saja... so takder lah boring sangat kat atas flight. plus dia bg inflight magazine, each passenger dpt satu complimentary issue.
and for sure G9 menang bab seating dia... legroom dia luas even lagi luas dr economy class Qa+ar airways and even M4S. ooh jangan banding lah ngan AK kan. dan seat dia blh reclined jauh jugak... mmg selesa... mungkin dia byk cater org2 arab yg badan besar kot.
zals - AK 1 - G9 2 (sorry aku terpaksa bg 2 markah, sbb aku rasa mmg best dgn seat dia hehehe)
3. timing
the department yg aku rasa aku tak perlu explain... AK mmg kalah teruk bab ni!!!! mmg kalau blh aku nak bg 3 point terus kat G9... tp sbb aku pun br naik sekali saja G9 ni... so aku tak tahu akan dtg mungkin dia akan lembab bab ni jugak kot.
zals - AK 1 - G9 3
4. fleet and destination
aku rasa fleet AK lagi byk drp G9 ni dan AK nampak nya lebih hebat dlm bab ni. ok aku tak berapa tahu sgt bab teknikal kapal terbang ni, (MT knows better). bab destination plak, disebabkan continent berbeza aku rasa they serve their area quite well. and dgn launching of AK-X dan support yg terlampau dari M'sia govt (kesian MASS) AK nampak nya akan pergi lagi jauh.... plus AK ada byk hub, tak mcm G9 semua nak ke shrjh.
zals - AK 2 - G9 3
hmm... tp secara kesimpulannya aku suka dua dua flight ni. kalau lah G9 ada hub kat D0ha lagi cepat lah aku habiskan seluruh mid east ni. tp suka G9 ni lebih skit dr AK sbb item 2 dan 3 di atas, aku tak kisah nak balik KL dgn flight 7 jam ngan G9 ni (lagi pun flight QR balik ke M'sia pun mmg buruk).
budget airlines rules... byk kan lah budget airline dgn tambang murah2 ni...
Travel Report : DBX (1) Round up...
Byk cerita aku nak tulis pasal dubai ni… aku tulis skit2 dah lah kan… nanti bosan plak korang… lagi pun aku ada jumpa satu blog ni dah citer panjang lebar pasal trip ni... (teka2 lah sapa yg tulis tu…)
Anyway, aku nak buat summary pasal trip tu lah… (ni lah kereta yang bawak kitaorang ronda-ronda duba!)
1st day – lepas keje aku balik umah, letak kete kat my apt, then MT pick me up, later minta tolong KM hantar ke airport… kitaorg naik A!r Arab!a… konsep nya sama macam A!r As!a tp lebih bagus… (see my entry A!r Arab!a vs A!r As!a). Sampai di Shrjh, tunggu sekejap kat airport sementara member kitaorg dtg ngan awek pinoy dia dgn kete sewa yg disewa bg membawa kitaorg jalan2 kat Duba!/Shrjh. Thanks AP for the hospitality dan bayar kereta sewa tu!!! Mlm tu… kitaorg jalan kaki ke Qana+ al Qazbah di mana terdapat nya Eye of Em!rates yg rupanya sama mcm Eye of M’sia. Sbb masa kitaorg tiba tu dah lewat mlm, tak de lah ramai sgt org melepak mengopi… tp ramai jugak org sekeliling corniche shrjh melepak2 bersama family. A normal view kat area tanah arab ni esp sedang musim2 sejuk2 ni…
2nd day – shop shop shop…. Mmg shopping tak ingat punya. Seperti matlamat asalnya nak menukar baju2 kat dlm wardrobe… mmg tercapai matlamat tu…. Kitaorg ke Med!nat Jume!rah, Merca+o, !bn Batutta, Ma!! Of Em!rates dan Bvrjuman (yg ni pergi saja tak shop pun, kedai dah tutup) (see pics shopping mall and shopping review entry).
Ooh lunch plak kat restoran M’sia N0shi N0shi… makan mee bandung 25Dhs. MT makan mee kari pun 25Dhs… aku dah lama nak makan char kue tiow… walaupun ada dlm menu, tp 25Dhs mcm tak berbaloi plak… kat restaurant ni cook dia semua m’sian, tp owner kedai org arab.
Mlm tu, kitaorg jumpa kawan aku yg br 2-3 minggu keje kat Duba! ni.. yg best nye dia ni dia dpt apt dekat Bvrjuman tower, dekat lah ngan shopping mall… tp dia belum pindah lagi, isnin br pindah ke situ, so tu WMM nanti lah kehadiran aku kat apt ko bila Summer Sale nanti in July… mmg penat lah 2nd day ni…. Sebab keluar dr Shrjh org awal pagi sebab nak elak traffic, balik dah lewat dekat jam 12am, and lucky us… mmg traffic dah clear… so tak der lah tersangkut kat traffic sgt… btw, fyi, semua jalan2 MT jer yg drive, sbb kawan shrjh aku tak reti nak drive ard, selama ni dia naik teksi saja.
3rd day – disebabkan nak balik ptg, so hari ni dikhususkan utk melawat (read : bershopping) ard shrjh. Dan mmg best!!! Kitaorg g ke blve s0uq shrjh… and membeli2 brg2 originate dr !ndia dan Pak!stan… murah jugak lah kot, lagi pun mak aku mmg ada pesan nak benda2 nih… nanti MT balik m’sia dia akan pass kat mak aku… borong2 lagi… sampai beg kitaorg beranak satu… hahaha… kat souq tu saja kitaorg habiskan dekat 3-4 jam. Kalau aku dtg duba! lagi sebelum balik raya puasa ni would definitely go there again!!!
Kesimpulannya.. walaupun sekejap it was really2 best… walaupun sekadar melawat shopping mall tp seronok (apa yg nak tgk pun, ada sejarah ke Duba! ni?pernah terlibat dgn WWII ke? Ada dinosaur ke dulu?? Kalau nak tgk pun) terima kasih bebanyak buat AP kerana sudi melayan kerenah aku dan bawak kitaorg shopping (sedap tak nasi lemak aku masak ari tu??? Hehehe) and kepada awek pinoy dia… sorry curi AP for the weekends…
Thursday, February 22, 2007
CONGRATULATIONS!!!
TAHNIAH!!!
(ooh murah nya rezeki depa... lagi 2 bulan br nak buat majlis kawin, lagi 9 bulan dpt baby.... arrghhh bila lah dpt buat road trip ke 0man ngan kereta best depa ni??? hehehe)
p/s - byk plak entry aku hari ni..
Terbang...
Jangan jeles yer…
Kiranya ni lawatan balas member aku yg duduk kat shrjah yg dtg ke D0ha masa sukan asia dulu tu… aku sebenarnya dah lama nak pergi ke sana, sejak mula Duba! Shopping festival sampai la ni.. br lah angan2 aku menjadi.. (eh kalau ingat2 balik dulu masa nak raya pun aku dah plan ke sana.. tp tak dpt sbb takde passport masa tu)
So akhirnya dpt jugak lah aku ke sana insyaAllah…
Tp, ni bukan lah kali pertama aku ke duba!, aku pernah transit kat sana utk 6 jam on the way ke turk! tahun lalu. Tp masa tu sekejap jer lah… ni aku nak enjoy more of Duba!...
So apa aku nak buat kat sana…??? SHOPPING!!!! Aku plan nak tukar the whole wardrobe aku lah.. dah nak masuk musim panas kat padang pasir ni… so no longer pakai jacket ke office… nak kenalah pakai baju2 keje baru… hehehe.. and sunglasses…. Hmm.. tgk lah apa ajer yg aku nak beli dan akan beli nanti… :-)
Oooh… nil ah merupakan tempat pertama aku lawati semenjak aku ke sini… harap2 aku blh lah nak melawat tempat2 lain masa akan datang…. :-) yg termasuk dlm senarai sekarang… Musca+… dan for sure Abv Dhab! in December…
So to all of you enjoy ur weekend yer… insyaAllah…. I definitely will!!!
Selamat Hari Jadi!!!
semoga dimurah kan rezeki!!! dan cepat2 dpt sambung study kat oversea.... (ala.. kenapa UK lagi... cari lah tempat lain yg lagi best!!!)
anyway... kalau jadi ke UK nanti... arief n aqielah akan ada adik lagi lah kan... hahahaha :-)
Tuesday, February 20, 2007
Let some stories be untold...
Susah kan… aku rasa sebagai solution utk org salah anggap lagi pasal aku… aku patut dengar saja dan kurangkan bercakap, kurang kan bg pendapat, kurangkan berseloroh, kurangkan buat benda2 bodoh… aku sepatutnya banyak mendengar saja… (tp nanti org kata aku blur plak, arggh tak kisah lah)…
Susahkan kalau kita asyik fikir apa anggapan org… susah… bukan kita boleh nak ubah persepsi seseorang… tp sebabkan aku di tempat baru aku akan cuba sedaya upaya utk tidak memberikan bad first impression. Tambahan pula ada masa bila terlebih cakap ni kenkadang tersasul yg blh menjatuhkan air muka org, atau menyakitkan hati seseorang, atau apa sahaja lah yg org tu rasa…walaupun kita tak berniat berbuat demikian…. kalau dia bagitahu blh lah minta maaf… kalau dia tak bg tahu dan simpan dendam dlm hati… kita jer yg susah kan…
Hmm.. so boleh tak aku buat resolution baru ni??? Blh lah kan… sempena tahun baru cina ni… aku buat resolution baru… kurangkan bercakap… dalam agama pun kita dinasihatkan kurang bercakap… byk mendengar… insyaAllah… I would try as much as I could… even sampai demam2 n sakit2 pun…hehehe… dan aku akan tulis saja kat blog ni citer2 n pandangan aku… so bg sesapa yang suka nak baca pasal aku dan dengar my pendapat blh buka blog ni… tak nak tahu… jgn buka blog ni… tak perlu baca…
Monday, February 19, 2007
Talam 2 muka...
Then bila aku kat office replacement minah tu plak tanya2 aku pasal dia… then aku pun tak de lah citer sangat2 tp bila dia kutuk2 minah tu… I pun tak der lah defensive… aku iyer kan ajer… kalau mmg betul dia salah… aku cakap lah my ex collegue tu salah…
At times, aku ada gak sembang ngan boss my excollegue, lagi lah menyalahkan segala nya my ex-collegue buat… aku seperti biasa meng iyer kan ajer…
Ada sesetengah benda apa yg my excollegue buat mmg salah… tp ada keje yg dia buat mmg sgt betul dan patut diimplement kan…. Kenkadang aku rasa jahat jugak sbb seumpama aku ni talam dua muka… but what else can I do… takkan aku nak defensive and take side… takkan aku nak ignore terus my excollegue yg mmg sgt2 ajar aku keje kat sini…
(in fact, sekarang nih aku hampir tiap2 hari kena ajar the replacement apa keje yg patut dia buat… and from my observation, dia ni mmg tak tahu apa2… no experience on her field… tp gaji dia banyak woo…. That’s life here…)
Or mungkin aku yg mmg salah… aku ni jenis bermuka2… cakap ngan semua org… baik ngan semua org… but at the same time kalau aku ni kutuk2 org jer belakang2… ooh aku rasa sebelum semua org tahu aku macam ni… baik lah aku jaga2… and berubah perangai… insyaAllah… (mcm buka pekung di dada plak kan)
Sunday, February 18, 2007
Weekend that was...
Sbb kan nak concentrate on bbq sahaja, kitaorg cuma masak meehon saja sebagai side meal… 2-3 hari sebelum majlis kami terima 7kg ayam dan 2kg utk diperap… so hasilnya kami perap 5 style… saja jer tambah2 style baru…
- 1kg daging in teriyaki marinade
- 1kg daging in mushroom marinade
- 2.5kg ayam in BBQ marinade
- 3kg ayam in satay marinade
- 1.5kg ayam in sweet honey marinade
Asalnya host Cuma benarkan kitaorg jemput 5 extra guest apart from me, MT and SK (sekarang SK dah masuk sekali :-) ) so kitaorg mmg betul2 jemput 5 ajer lah.. tp apa nak buat… kitaorg terpaksa jemput lagi 8 org sbb dr 5 tu bercambah 7… hehehe… so in total termasuk kitaorg 14 org… tak pe lah.. harap2 makanan cukup…
Tiba majlis, yang dtg daripada 14 org tu hanya 11 org je dtg, 3 lagi tak dpt hadir… tp bila majlis mula in total cuma ada 14 org saja… lor… kami ingatkan ramai jemputan sbb tu lah dibenarkan 5 org ajer… so kalau lah kami tak meramaikan jemputan hanya 9 org jer yg ada utk menghabiskan 7kg ayam dan 2kg daging…
Dari soseh2 sesama kitaorg, rupanya penganjur menghadkan jemputan kerana mengharapkan satu group guest ni dtg… tp malangnya semua tak nak dtg… ha ha ha… apa2 jer lah… aku n MT tak terlibat… walaupun akhirnya bila fikir2 balik… makanan aku n MT buat… pinggan pun kitaorg punya guest pun mostly ours… Cuma tpt aje kat uma penganjur… so macam majlis kami lah… :-)
itu hari jumaat.. hari sabtu sbb kan tak tahu nak buat apa2... kitaorg bawak SK ke pasar ikan, sayur and omani.... pasar omani ni byk jual pokok & alatan gardening (SK suka gardening), brg2 kayu, ikan masin dan bahan2 kering etc... kat pasar sayur nampak rambutan dan manggis... sekg QR18!!!...
punya lah tak tahu nak buat apa... lepas zohor... i end up buat kuih sagu with gula hangus then tolong MT buat nasi kerabu!!! :-) and sedap siap ada solok, tumis n sambal kelapa (tp budu n telur masin tak der :-( )!!!.... ada sesapa nak???
Thursday, February 15, 2007
Ego...
awal minggu ni replacement dia report duty... dan apparently, apa2 yg direquest oleh my ex-collegue tu mcm bakal jadi nyata... akan employ more staff... getting the system... cuma... sbb tak nak akur ngan permintaan org... depa tak nak implement awal...
ego kan... or racist??? hmmm... ntah lah...
aku dok senyap2 ajer kat sini... tak nak buat kecoh... cuma absorb all benefits from what in place... and learn n understand what's not in place... :-)
Wednesday, February 14, 2007
Farewell!!!
F.R.I.E.N.D.S,
No mushy statement that will make your hair stands. Today is my last day with XXXX-KL & therefore would like to say a big Thank You for your supportive, caring, tender, loving, fun, adventurous friendship and for always be there for me through thick and thin.
Apologies if I have unintentionally hurt anyone's feelings throughout the years. It was really a great experience working with all of you, in which money can't buy. Hopefully 2007 & many more years to come will bring happiness to all of us, insyaAllah!
Wish I had the time to meet all of you and personally say "goodbye", but am afraid that I can't control myself and start to cry. Hope that this email will suffice. Am definitely gonna miss all of you *sob sob* but hey, with modern technology, I am just a click away. :-) Please keep in touch. I can be contacted at XXXXXX@gmail.com
***Don't be dismayed at good-byes. A farewell is necessary before you can meet again. And meeting again, after moments or lifetimes, is certain for those who are friends.***
Loads of Hugs & Kisses, NINK
lagi 3 bulan 2 hari genap 7 tahun aku kenal dgn NINK (wah hebat kan aku, mcm ada sesuatu ajer sampai ingat tarikh perkenalan ngan dia... hahaha...) aku ingat pun sbb itu lah hari pertama aku bekerja makan gaji lepas grad dulu, dan dia lah my senior kat office tu, sure lah aku ingat... :-)
byk lah perkara yg dikongsi dgn NINK, especially kisah2 office... cerita itu ini... sama macam aku, dia ni pon mmg tak lokek bercerita, mungkin dgn aku jer lah kot... tp seronok lah bersembang sakan ngan dia setiap kali jumpa... dulu dia pun pernah bercita2 nak cari keje kat tpt org mcm aku ni, sama2 kitaorg hantar resume ke sana ke mari...
ditakdirkan, NINK tak dpt keje kat oversea, tp dapat husband yg keje kat oversea... lagi best kan, jadi 'tai tai'... tp agak lama jugak lah dia nak menguruskan pemergian dia ke oversea mengikut husband tu... setelah berbulan menempuhi segala dengan kesabaran.... akhirnya... dia akan berangkat ke sana lagi 5 hari!!!
semoga dia menempuh hari2 yang mendatang baik dari segi persiapan ke sana, dan tinggal di oversea dgn lebih gembira... mendapat berkat ilahi, kesihatan sempurna dan dimurahkan rezeki... insyaAllah aku akan melawat ke ur new place (if dpt invitation n jika laki ko bg lah kan hehehe...)
All the best to you NINK!!!! Semoga segala impian mu tercapai insyaAllah...
Kerje kosong!!!
yang diperlukan...
1. Account exec... (Media Broadcasting company)
2. Admin exec.... (Oil & Gas trading company)
sesapa berminat... please leave your email address kat my comment box, i'll contact you and give more details...