Thursday, July 19, 2007

Office politic (2)

Apa patut kita buat kalau kita tahu ada kawan kita kat office bulat-bulat menipu… hmmm…. Walaupun sepatutnya kita tak tahu… tapi bila dah tahu, should we get involved… atau biarkan saja macam tu???

Citer nya macam ni, kat ofis aku ni banyak orang putih keje atas kontrak freelancer i.e. kerja sementara untuk beberapa bulan. Jadi gaji depa ni tak lah directly dapat setiap bulan daripada HR, tapi depa ni kena hantar invoice. Dan selalunya dia ikut number of working days.

So perempuan bodoh sebelah aku ni bagi lah dia punya invoice pada department aku untuk keje dia bulan Jun sudah. Kawan aku kat department aku tunjuk lah kat aku, dan tanya ok ke tak? Aku sepatutnya tak terlibat lah nak tahu pasal gaji orang ni. Tp aku teringat lah yang dia pernah ambil cuti dekat 2 minggu dalam bulan Jun.

Disebabkan aku malas nak terlibat secara langsung, aku bagi tahu kat kawan department aku, email kat perempuan bodoh ni dan tanya samada dia ada ambil cuti ke tak. So dia buat lah… dan perempuan bodoh ni boleh jawab. NONE, thanks. Ooopsss.. boleh gitu jawapannya… siap cc boss dia yang sedang bercuti 2 minggu… sebab aku tak nak involve… aku pun buat tak tahu lah email tu… dan tak nak ambil tahu… reason aku tak nak involve adalah kerana itu bukan keje aku.

Tapi, perempuan bodoh ni boleh plak complaint tak dapat bayaran, dan email pada supervisor aku dan remind pasal gaji dia. Dan bila supervisor aku balas email, dia boleh masukkan nama aku kat dalam cc list, which means aku dah kena involve lah kan. Dan sekali lagi, supervisor aku tanya pasal cuti, dan dia boleh jawab dia dah cc kat boss dia, so boss dia patut tahu lah. Tp supervisor aku masih nak mengharap boss dia confirm pasal dia cuti ke tak.

Pastu tadi dia call boss dia yg sedang bercuti kat London dan suruh reply email supervisor aku tu, dan dia kata as per discussed and explain through email hari tu…. Hahaha… boleh… kantoi… rupanya ada separate arrangement ngan boss orang putih tu… hmm… tapi kalau dah bercuti mengaku je lah bercuti kan, kalau ada separate arrangement tu, be transparent dan cite lah habis-habis. Walaubagaimana pun, aku rasa aku malas nak involve, sebab ia diluar scope aku…

Dulu sebelum aku datang sini, aku mcm pessimistic ngan org Kelly-ng dan konon nya beranggapan orang putih ni bagus lah, tapi silap lah… bagus tak bagus, adalah individu. Walaupun aku masih lah pessimistic ngan Kelly-ng… tp aku dah tak rasa orang putih tu bagus sangat… it’s individu…

5 comments:

Anonymous said...

Satu tindakkan yang paling baik- jangan jaga tepi skirt orang, jaga seluar dalam sendiri.

famil said...

better not, kelak akan menjadi lebih parah..

so, stay away from it..

zal said...

anonymous
apa plak kaitan antara skirt ngan seluar dalam ni

famil
yup, i will stay away, unless they really asked.

mt said...

kekadang tu kita kena jaga tepi kain org.. kalau kain terselak nampak aurat, kita tak nak cakap sebb tak nak jaga tepi kain orang.. kalau orang lain nampak, tak ke kita terlibat sama? kita tahu tapi tak cakap..

kekadang jugak, banyak pepatah/bidalan melayu yg tak masuk akal, tapi kita masih lagi ikut. kononnya berhemah...

zal said...

mt
kind of agree with you... :-)