Friday, June 01, 2007

English Breakfast or Nasi Lemak??? (part 1)

Ntah macam mana, semlm masa fikir-fikir apa nak makan masa lunch, aku teringat makanan yg aku dulu pernah muak dan tak larat nak makan masa lunch kat office KL... aku teringat nasi campur kat kedai mamak, taruh ayam goreng garing, kuah madu dan kuah kari... taruh sayur kobis layu dan papadom... hmmm.. walaupun aku dulu dah muak makan benda ni, sbb makan tiap-tiap hari... tetiba bila teringat makanan ni... terliur plak... (akhirnya aku lunch makan roti arab cicah daging with mushroom soup n kuah kari ayam -arab style- color kuning pekat takde rasa). hehehe... ooopsss... bukan ni yang aku nak citer... tp best kan kalau citer pasal makan... tak pernah habis :-) tapi tu lah bezanya... lain tempat lain makanannya kan...

3 minggu lepas (lebih kuranglah) aku hadirkan diri ke Cultural Awareness Course anjuran ofis aku... ni kali kedua seminar ni dibuat, kononnya ada orang-orang expat baru yang memerlukan recap pasal pertembungan budaya ni... tp aku rasa tak memberangsangkan langsung penerimaan orang2 putih kat ofis aku... daripada 3 sesi 8 jam tu, 1 sesi terpaksa di cancel sbb 2 org je dtg. sesi aku pada hari ke 3 pun cuma ada lebih kurang 12 org je dtg. Bila aku balik ofis the next day, org putih (UK) cakap, seronok pergi course yg diconduct oleh sorang aussie dan sorang jamaican tu? ooh rupanya depa pandang kulit lah, sbb pada depa aussie apa tahu pasal budaya UK kan.... dan Jamaican nak wakil diri sebagai Qatari??? hmmm...

apa aku dapat daripada course tu??? (soalan terakhir yang disoal masa penghujung seminar) aku rasa aku lebih tahu berkenaan budaya (read : insensitive, ignorance and pride) org2 UK... hehehe... (lain daripada org lain) tujuan cultural awareness mcm nak jelaskan budaya tempatan kepada expat, dan berubah yakni adapt lah pada cultural luar bukan lah nak anggap budaya dr negara dia tu yang terbaik. tetapi apa yg diharap oleh minat dan mat salleh ni adalah supaya budaya tempatan dan lain2 berubah dan mengikut cara mereka. so masa seminar tu, asyik-asyik dibandingkan budaya mereka tu lebih bagus, dan asyik-asyik dibanggakan apa yang mereka hilang (miss)/terpaksa tempuh kat sini.

bukan lah aku nak banggakan budaya tempatan yang tak bertamadun ni, ada lah amalan orang sini (Arab) yang patut berubah, macam tak reti nak beratur, cara driving macam jalan tu depa punya (memang pun kan) dan bossy tak tentu pasal (nak beli barang kat kedai runcit/nak order juice kat kedai, depa hon jer dari dlm kereta org kedai kena ke kereta ambil order). ditambah plak kewujudan ramai giler kelly ng yg sememangnya aku tak faham putar belit nya. kalau kat jalan, yg tetiba tukar lane tak bg signal, masuk lane tak tentu arah dan mcm-mcm lagi... oh.. jangan cakap lah kalau masa nak deal ngan depa, lagi lah berputar belit... (B.O busuk yg tengik blh kira budaya ke?? hehehe) mcm tu lah budaya tempatan (*minta maaf kalau ada yang terasa, this is generalisation based on my observation*)

tp... org putih ni plak... nak orang ikut budaya depa... ada yang bagus ok lah... tapi jangan lah harap semua nya sama macam kat negara depa... kalau dah tak boleh nak adapt, balik lah negara sendiri kan... pergi negara orang tukar lah skit budaya tu supaya sesuai dengan keadaan... tp masih kekalkan lah budaya yang baik tu.... (aku tak berapa setuju dgn pepatah melayu, masuk kandang tu... sbb mcm ubah semuanya, i think adapt skit2 dan kekalkan apa yang bagus dan improvised budaya tempatan ke lebih baik, better).

actually pertembungan budaya ni mmg effect cara kerja seseorang, patut lah dulu masa awal-awal kerja aku dengar khabar angin katanya employer kat M'sia lebih suka ambil oversea grad berbanding local grad, ini semua mungkin sbb pembawaan diri org yg study oversea tu. org UK dan US lebih individual focus yakni (pada pendapat aku) lebih berani ke depan, nampak lebih bertanggungjawab sebagai individu berbanding kumpulan etc, manakala kita kat Malaysia lebih Group focus, kita lebih harmoni, a team member dan bila buat keputusan tu suka nak tanya semua orang, get consensus etc... jadi bila time reward/interview, boss akan nampak yg individual focus ni lebih menonjol, bukan nya tak bagus group focus, depa bagus in a team. bila dah individual, mula lah bila ada salah, selalu pinpoint pada org instead of us, we rectify as a group and solve it.

bukan tu jer... kita punya budaya berhierarki berbanding sesetengah tempat yang flat hierarchy (equality)... tu lah kita berbudaya encik/tuan/puan... status tu penting... pendapat pun susah nak bagi sbb kita ingat kita org bawah... lain pada tu, kita ni orang asia lebih indirect berbanding mereka yang lebih direct... pertembungan budaya inilah yang membezakan cara kerja... yang mungkin sebelah pihak kata pihak lagi satu tunjuk bagus, while orang tu plak balas kata kita ni lembab tak tahu nak cakap terus terang...

pemahaman budaya lebih penting, tak semestinya budaya kita tu tak bagus, dan tak semestinya budaya mereka budaya paling bertamadun... tetapi kalau kita boleh adapt dan mengamalkan kedua-dua budaya pada masa yang sesuai lebih bagus... janji keje jalan... dapat siap orang puas hati gaji masuk bulan-bulan (arrggh... tak maju nya hidup aku).

tp tu lah yang aku nak bebelkan ni... inilah antara benda yang aku alami masa keje sini i.. pertembungan budaya.... aku lagi lah kira org minoriti kat sini... dan aku jadi org tengah operation dan dept aku... masa aku deal ngan operations, mostly org UK ni.. terpaksalah aku ikut budaya mereka... kena individualistic, berani ke depan etc... tp bila aku nak deal ngan department aku yg boss arab dan ramai asians... aku lebih work as a team dan lebih hormat dgn bosses... hmmm... talam dua muka??? ntah lah... tapi cam tu lah... antara benda yang aku belajar kat sini...

3 comments:

Anonymous said...

Ermm.. thats why bila nak ke negara org minda kita kena bukak dulu. kena faham budaya org. jgn sampai budaya sendiri tak kenal nak nak tiru budaya org plak.. anyhow i salute those people yg pernah merantau but stil tahu adat resam timur.. :)
-razi-

Anonymous said...

am sure semua bangsa have their own good and not so good culture..kita ambil yg bagus and leave behind all those bad culture & instill it in our family members, especially anak2 kita since they are the future generation..if everyone try to do this, insyaAllah, the world will be a better place for everyone in the future...

p/s: ohhh, i miss my lunch at Malaysia too..:( in fact, i miss all the breakfast, lunch, tea dinner & supper...

Ard said...

what do i have lunch today ye? i nak makan nasik campur l kot :p