Saturday, June 30, 2007

Latio vs Tiida

MAHAL NYA!!! sedang aku baca surat khabar online, aku nampak iklan kereta baru Nissan Latio kat M'sia... memang ada sedikit berbeza dgn kereta aku Nissan Tiida... aku beli yg sedan, yg introduce kat M'sia hatchback jer...

masa aku beli dulu, dia offer harga kereta sedan kat aku QR50,000 = RM46,728. kalau yang hatchback rasanya tak silap aku QR53,000 = RM49,532. (ni guna translation RM1 = QR1.07). kalau plus insurance tambah QR1000 = RM934. (ni utk harga yang auto)

tapi yang baru iklan kat M'sia ni nissan latio punya introductory price RM92,900 tak termasuk insurance tu!!! gosh... macam mana lah nak hidup kan... dah lah gaji kat M'sia rata-rata nya kurang berbanding kat sini... tp harga benda keperluan macam ni mahal gila! almost double harga kereta kat sini berbanding M'sia.

Hmm... memang kalau dah harga macam tu, mana nak buat sale. kalau interest free punya loan pun, kena bayar RM1105 sebulan selama 7 tahun. tu pun kira duit deposit cukup2 utk bayar insurance kereta. Kalau dah RM1,105 bayar kereta, kenalah kurang-kurang nya gaji lebih RM5000! kalau tak de RM5000 tak cukup plak nak beli makanan dan pakaian... ni kira hidup bujang... kalau kawin... lagi lah!! nasib baik lah harga makanan dan sewa rumah murah.

ooh... btw, kereta aku beli tu dah cecah 5000km semlm... so dalam minggu ni nak hantar servis lah. :-)

5 comments:

Aina said...

Memang kerete kat Middle East ni murah gile, minyak pun murah 70sen je seliter. Kat Mesia harga kereta mahal, minyak pun mahal. Sebab tu kat Dubai, ada orang yg tinggal dalam kereta..Serius!! ni kisah benar, orang tinggal dalam kereta sebab rumah teramatlah mahal.

Anonymous said...

Itulah namanya Malaysia. Semua murah.. nak murah lagi g Indon cam "mak datin" sorang tu! ahaks..
-razi-

Ard said...

mcm kelaka jer kan nama die latio hehe. i got to choose nissan tida coz peugeot 206 that i booked takde..instead i chose 307! lion roars!! I love peugeot cars! but nissan tida is very nice too! :p

mt said...

dah 5000km? drive ke mana kat Doha tu? hahahahahha

zal said...

aina
yup... kat sini rumah plak mahal... padahal bukan ke tanah terbentang luas... apasal lak mahal umah kan...

razi
eh... orang cite M'sia harga mahal lah... gaji jer murah...

ard
apa cakap ni??? beli nissan tiida ke beli 307?? hehehe

mt
eh.. dah 5 bulan lah kereta tu... kalau sehari 30km... pun sebulan dah 1000km... (g balik office mmg lah 10km... tp kalau dah tiap2 hari g shopping mall... hehehe)