zal dah lama berangan nak keliling dunia... kalau boleh nak lihat dan menjejak seantero pelusuk dunia... tapi duitnya tak pernah cukup. Ada jugak dia berjalan ke sana sini tapi hanya beberapa hari sahaja. Oleh itu bagi meneruskan cita-cita, zal mengambil keputusan untuk hidup mencari rezeki di negara orang. *Itu dulu... Sekrg zal dah keje kat Malaysia... dah kawin dan ada anak... jd travel dia dah lain... so check out his other blog... travellingbabies.blogspot.com
Saturday, March 31, 2007
Projek Dukhan - Hari Kedua
Disebabkan hari kedua hanya bermula jam 3pm, ada lah ruang untuk menyediakan makanan di pagi hari... nak beli roti utk roti john especially. seawal jam 6 aku dah bangun. persiapan pun bermula...
Kitaorang kiranya sampai awal la jugak, dalam 2.45 dah nak set up gerai. jam 3 dah mula orang nak membeli air... tengah panas, haus... hari kedua ni merupakan hari kemuncak pesta ni.
Menu hari ni sama macam semalam cuma ada pertambahan Roti John dan Bihun Goreng... serta husband Yin demo buat donut kat gerai...
Sambutan... superb!!! jam 7, nasi lemak dah habis!!!! hehehe.... roti john yang sedap amat dimasak oleh MT pun memang laku... tak menang tangan... oooh utk orang arab kitaorang gelarkan roti john ni as kebab M'sia... utk org M'sia, bagi memelayukan nya... roti ni digelar Roti 'MT'. Eh MT betul ke tangan ko tak berbedong masa baby dulu??? hahaha...
Makanan yang lain pun laku gak... karipap... habis... keropok n bahulu pun licin... boleh katakan pembeli ni 60%-70% orang M'sia jugak... so thanks to M'sian in Dukhan n yg datang ke Dukhan ni... dalam pada itu ramai juga orang bangsa lain datang menjenguk, bertanya dan membeli... yang kelakar nya ada antara depa ni... keropok pun depa rasa lain macam.. berkerut muka makan keropok... air chrysanthemum lagi lah asing buat mereka... dan satu lagi benda kelakar... ada sesetengah makanan tu memang kitaorang pun tak tahu nak translate ke english macam mana... korang tahu ke apa longan in english? bahulu? dan apakah fishing net bread dalam bahasa melayu??? hahaha
malam hari.... orang2 M'sia di Dukhan mempersembahkan dikir barat di dewan... depa dapat tepukan gemuruh dan siap menang award lagi... award apa... aku pun tak ingat... hehehe.
Kesimpulannya, meriah sungguh 2nd day ni... dan tak menang tangan melayan pelanggan... terasa berbaloi segala usaha memasak dan memikirkan buat jualan ni. walaupun aku tak sure sedap ke tak masakan aku, tp kalau dah habis makanan tu... kira ok lah kan... jam 10 kitaorang berangkat pulang ke D0ha sambil memikirkan apa yang nak masak esok.... sebab semua bahan dah habis... :-) oooh... for more pictures.. blh tgk kat album ni.
p/s - semua gambar projek Dukhan ni ehsan MT dan Papa. thanks
Friday, March 30, 2007
Projek Dukhan - Hari Pertama...
Menu hari ni simple saja, nasi lemak, roti jala, keropok dan bahulu, serta air... orang pun tak ramai... sales tak lah bagus sangat... tp dengan harapan yang hari jumaat, kitaorang plan harap-harap esok lebih banyak sales... dan effort berjaga malam, drive jauh-jauh ni berbaloi...
p/s - semua gambar projek Dukhan ehsan MT dan Papa. Thanks
Thursday, March 29, 2007
Projek Dukhan : Preparation...
Jam Jualan : 29hb (5pm - 10pm), 30hb (3pm-10pm), 31hb (10am-6pm)
Menu :
- Utama : Nasi Lemak, Roti John, Roti Jala, Bihun Goreng
- Air : Longan, Chrysanthemum, Cincau (org perak kataair lengkong)
- Snack : Karipap, Keropok, Bahulu, Donut
Target profit : breakeven
Members : Papa (leader), KM, Zam, MT dan aku
setelah banyak teori dibincangkan dan banyak rough calculation dibuat... akhirnya menu di atas telah dipilih... setelah diputuskan... MT dan aku akan memasak makanan, papa buat air... KM beli bahan-bahan dari M'sia (kebetulan dia balik bercuti kejap) dan Zam kerja-kerja membungkus...
so sekarang ni... sangat busy membeli, memasak, membungkus, menyimpan, mengira-ngira dan memikirkan apa yang tak cukup... dan apa yang dah ada... for the time being... enjoy the pics...
p/s - semua gambar ehsan MT
See us there...
ada masakan yang menjadi... ada yang kena repair.... ada yang buang terus...
hmmm.... namun... apa yang dijual... surely yang terbaik pernah dimasak oleh aku n MT.... hahaha.. 2 orang jer tukang masak... dan another for sure thing... air yang papa buat sedap!!!
so bagi orang-orang sekitar Qatar ni.... jom beramai-ramai serbu Dukhan untuk menghabiskan semua barang jualan kitaorang... hehehe (tak payah tengok show dan exhibition pun tak per, janji beli kitaorang punya jualan... tak makan pun tak pe... janji korang beli tau!!!)
anyway, doakan semua bahan jualan habis terjual yer... nervous nih... hahaha... :-)
Tuesday, March 27, 2007
Ni lah projek nya...
so kepada pembaca blog... samada di Doha atau pun di Malaysia.. atau kat mana-mana pun lah... (termasuk lah kat Abu Dhabi ke... Abuja ke... hehehe) jumpa aku dan kengkawan termasuk MT di exhibition di atas... hehehe...
sapa-sapa kat Qatar ni yang rindukan nasi lemak... roti jala... roti john (now dinamakan kebab M'sia)... karipap dan bahulu... air longan... dan macam-macam lagi makanan... datang lah... semua dijual dengan harga yang murah (berbanding hotel-hotel dan restoran kat Qatar ni)...
Jumpa di sana...
p/s... masa jualan... 29hb (khamis) 5pm - 10pm, 30hb (Jumaat) 3pm - 10pm dan 31hb (Sabtu) 10am - 6pm...
(kalau korang tak tahu camner nak cari tempat ni... tanya ler...)
Shoutbox??? Chatbox???
enjoy your day!!!
Sunday, March 25, 2007
Lembab...
apart from that... perancangan projek aku berjalan ok... tapi kenkadang sakit hati jugak bila ahli group macam endah tak endah nak commit, pelbagai alasan dibuat... dan seronok nak join tapi macam mengharapkan ahli lain yang contribute lebih... penat lah wei... nasib baik lah ada anchor man macam MT yang rajin... kalau lah dia tak de, surelah aku buat dunno je projek ni... kenkadang give up jugak, kita buat penat-penat, orang take for granted ajer usaha... bila minta tolong skit... ada saja alasan untuk lari... arrghh...
projek CC aku kecil-kecilan ni, tak tahu lah sempat buat ke tak. dengan contributions orang lain yang macam nak tak nak, mungkin aku tak blh nak teruskan projek CC ni... geram betul..
Wednesday, March 21, 2007
Pahlawan Bulan...
menarik jugak teater ni, walaupun dalam bahasa arab, kurang faham tp sebab aku dah siap baca scene by scene... so boleh lah aku mengagak apa yang cuba disampaikan... tak banyak boleh diperkatakan tentang teater ni... kecuali tarian nya yang lebih agresif dr tarian cerita PGL dulu. it's a mixture of gypsy dan arabic, yang ditarikan oleh orang2 asia tengah/rus!a... ermmmm.... lebih senang tengok gambar je kot...
Location : Cerem0nial C0urt Educati0n City
cantik jalan menghala ke lokasi teater...
open air setup... so memang kesejukan lah jugak 3 jam kat situ... minah kat depan aku siap ambil seat cover jadi selimut cover lengan dia... MT pun mcm tu jugak... hahaha...
MT mencari tempat... kitaorang sampai agak awal, lebih kurang sejam sebelum persembahan... tempat duduk terbaik bg tiket QR100... kat belakang tempat duduk kitaorang tempat jurukamera... depan seat kitaorang tiket harga QR200... memang the best cheapest seat available...
the act... scene by scene....
the dancers... (lead actors tak de kat sini... org tua jer.. hehehe)
orang-orang yang datang... kira penuh jugak lah....
some of the scenes (in not particular sequence)
the ending....Tuesday, March 20, 2007
6 months... and keep goin...
hari pertama, semuanya cantik, semuanya baru, semuanya pengalaman... memang macam rusa masuk kampung, tapi nasib baik lah aku jumpa MT (in fact aku jumpa dia 5 jam sesampai nya aku kat D0ha ni), dia lah yang tolong aku menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan, mengenalkan aku dengan D0ha, menceritakan aku do(s) and don't(s) kat sini, settlekan aku punya shipment (ni yang paling dia bengang ni hehehe), tumpangkan rumah dia masa aku beraya sorang2 kat sini (umah dia cukup facility nak memasak), teman aku bila aku rindukan M'sia hehehe... kesimpulannya, dia lah yang banyak tolong aku dari hari pertama aku jejak kaki kat sini sampai lah hari ini... terima kasih MT :-) dia dah umpama abang aku kat D0ha (eh tetiba plak kan, dia tak de pun nak mengaku aku ni adik dia... hahaha)
hari kedua (hari pertama kerja), memang dugaan paling besar masa aku kat sini... my company tak honour the contract dengan alasan typo error (bodoh kan!!!)... memang masa tu aku rasa aku dah nak balik M'sia dah... tapi setelah berbincang itu ini... dan fikir masak-masak... aku decided to stay... and sampai lah hari ini...
ok... apa yang telah aku peroleh sehingga kini (dalam tempoh 6 bulan ni)?
- Kerja...
setakat ni keje ok lah... semua orang friendly, boss pun percaya kat aku... very low supervision, therefore needs a lot of my own initiative, walaupun ada masanya memang pressure sebab tak tahu nak buat apa dah... dan ada masa nya aku rasa malas giler!!!
- Rumah
walaupun aku tak berapa suka keadaan persekitaran rumah (bising dengan construction kat sebelah) dan toilet/bathroom terletak kat dalam master bedroom (susah kalau ada guest) tapi setakat ini ok lah... apartment kecil, senang nak kemas and bersihkan (walaupun dah lama aku tak bersih kan... hahaha). ooh... by end of this week, akan ada ADSL kat my apartment... yay!!!
- Kereta
doin ok... tak de masalah... minyak jimat :-) istimewanya aku... aku dapat convert saja lesen kereta, orang M'sia lain kena ambil test :-) Alhamdulillah...
- Kawan-kawan
sebabkan tak ramai mana lah orang M'sia kat D0ha ni, so community agak rapat... setakat ni semua kawan-kawan best lah... selalu buat makan-makan... kalau tak pun melepak kat kedai kopi samada mengopi atau bershisha... dan dengan kawan-kawan ni lah aku nak buat projek weekend depan :-)
- D0ha
not bad... walaupun tak sehappening duba! mahupun KL... but rasanya nye... ok lah... bearable... macam pekan Ip0h... hahaha
Where have i been so far...
- KL
aku balik M'sia raya haji sudah... hehehe... and will be coming back again raya posa nanti... InsyaAllah...
- L0ndon...
see... sebabkan kepercayaan boss aku, aku dah melawat office l0ndon... jangan jeles... balik naik business class lagi... hahaha...
- Duba!/Shrjah
ni jenjalan sambil shopping... :-)
- dvkhan, mesaa!ed, !nland sea...
ni tempat-tempat sekitar Qa+ar ni... tak de apa lah sangat tapi agak jauh lah jugak
What's next...
apa yer???
- - keje... kena lah rajin sikit... hehehe
- - study... dah sign up dah... kena lah study bebetul...
- - projek... tengok lah kalau menjadi
- - jenjalan... (ni lah yang aku selalu fikir pun)
- weekend trip - north part of Qatar, Muscat dan Salalah, Oman (tahun ni) San'a, Yemen (tahun depan kot), Abu Dhabi (end of the year, nak g amik exam)
- a week (or 2) trip - North Egypt and Cairo, Morrocco?
- road trip (2 weeks) - Umrah (kalau dapat visa), D0ha - Muscat, Jordan + Syria.
apa-apa pun syukur atas apa yang diperoleh setakat ni... Alhamdulillah... lagi 18 bulan untuk aku lengkapkan kontrak asal aku... what happen after that... hehehe... tak fikir lagi...
Monday, March 19, 2007
Getting excited!!!
tinggal nak start to implement and tengok hasil nya... :-)
nanti i'll show you the result!!!
plus... as confirmed by the office... at last setelah penantian selama 5 bulan dan 2 hari... akhirnya aku akan ada ADSL kat umah aku!!! ooopsss.. but bukan lah malam ni.. aku kena tunggu 5 hari baru orang akan taruh ADSL... tak per lah.. weekend ni ajer...
oooh... with the books... ada ADSL... projek kecil-kecilan pun boleh nak gerak... me getting myself busy all the way... hahaha.... sekejap saja masa berlalu...
ooh nak bagi hint berkenaan my projek kecil-kecilan... sweet and petite... :-) btw, tomorrow will mark another milestone here... esok citer lagi :-)
(banyaknya smiley face kat entry ni... :-) )
Sunday, March 18, 2007
The books have arrived...
buku dah sampai dah... apalah alasan aku untuk delay study ni!!!! argh... been very lazy lately!!!
pagi tadi aku hantar kereta untuk servis setelah ia bergerak 1,228km. dah terlepas 1,000km... punca nya sebab aku ke Dvkhan hari Jumaat sudah bagi berbincang dan menguruskan projek terbaru aku (dan kawan2) kat sini...
buku dah sampai... kena lah study... projek besar pulak datang, 2 minggu lagi... tapi... dalam kepala otak ni sibuk-sibuk plak fikir pasal satu keje ni plak... bukan keje office... tapi keje yang aku rasa akan membusykan diri aku kalau menjadi... keje apa ye???
hint hint.... keje-keje berkaitan dengan cawan!!! hehehe... thanks to Fira sebab perkenalkan aku ngan keje yang telah mengganggu konsentrasi aku untuk beberapa hari dah ni... ha... Fira dan MT jangan nak citer kat komen tu apa yang aku nak buat ni.... kalau dah menjadi keje kecil-kecilan aku ni, baru aku heboh satu D0ha... heboh satu Malaya... hahaha
Saturday, March 17, 2007
Dengkur...
so for u out there... sesapa ada petua atau ubat untuk aku kurang kan berdengkur.... please please please.. let me know!!! or do i need a minor surgery for this???
Thursday, March 15, 2007
1001 km...
pasal minyak plak.... setakat ni aku dah isi 3 kali minyak (yang kali ketiga masih dalam tangki lagi). sekali isi penuh maximum QR36 (sini minyak murah, pakai super pun baru QR0.80 seliter). sekali isi penuh boleh pergi lebih kurang 400km. dan sebabkan d0ha ni kecik jer... dan tak de ke mana sangat jalannya... 2 kali aku isi tu (QR70) bertahan sampai sebulan lebih!!! hahaha... orang kat M'sia boleh ke jimat sebegitu rupa??? hehehe...
setakat ni kereta masih belum bermasalah, jalan-jalan kat around d0ha ni masih belum expert, tapi tak de lah sesat mana, pusing-pusing c0rniche saja. paling jauh kereta ni pernah pergi, ke dunest0ck hari tu, 45 minit dari d0ha. kemungkinan esok nak ke Dvkhan (73km dari d0ha).
hari sabtu insyaAllah akan hantar kereta servis... kalau tak pun next week..
ooh beberapa hari lagi ada milestone yang lebih significant... nantikan...
btw, lagi 2 minggu ada projek besar... bila dah confirm project jalan... aku cite...
Wednesday, March 14, 2007
Getting healthy...
dan boleh tengok sendiri betapa tebal nya debu dan pasir yang melekat kat kereta aku color silver ni. debu ni hasil daripada ribut pasir hari tu lah (walaupun memang kereta aku berdebu, tp tak lah seteruk ni)
ok... nak cite benda lain plak... memandangkan aku ni asyik makan-makan saja... so badan aku ni dah semakin membesar... hahaha... perut dah makin membuncit... hahaha... so aku pun mula lah terasa nak berexercise hehehe... ini lah yang aku buat starting last week.
1. Main volleyball...
mlm hari yang kena ribut pasir tu, ada kawan aku sorang ajak main volleyball dgn orang-orang sr! Ianka yang dia pun tak kenal. so malam tu, bersama papa n kawan ni, kitaorang g lah buat muka tak malu and join the group. Memanglah orang-orang SL ni tak cukup orang untuk buat team, jadi kitaorang boleh ajer join masuk. among all, ada 4-5 orang yang memang bagus/pandai main... yang lain tu macam level aku lah... tapi yang kelakar nya... memang 4-5 orang ni saja yang main. orang tu lah yang ambil first ball, kawan dia set... and orang yang ambil first ball tu akan spike. Oh... depa perlukan sorang lagi utk serve dlm team depa. so total orang yang diperlukan cuma 6 orang je. dan depa dah remind bagi orang serve supaya serve bawah, and make sure senang nak ambil. plus... no rotation, sebab orang yang bagus 4-5 org ni depa senang nak ambil first ball, set and spike... (faham tak explanation aku ni?)
kesimpulannya, aku cuma dapat bola bila depa tak sempat ambil... atau bola tetiba datang kat aku... dan depa ingat aku pinoy, so depa dengan selamba panggil aku pareh! aku rasa boleh jugak join depa ni walaupun tak dapat bola, sebab volleyball memang my favourite sport. tp, mungkin papa tak nak join dah... hehehe... so, aku rasa maybe aku spend 1 day of the week utk join depa.
2. jogging...
last week aku start jogging kat corniche... aku pergi malam dengan MT... larat jog 1 km and jalan 1 km... then aku g sekali lagi... ngan papa n MT plak... papa ajak jog 2km... 2 km i did dgn walk back 2km... penat... and semalam g lagi ngan papa (dah lantik dia jadi trainer ni hehehe) dia ajak g sebelah petang pulak lepas keje... so dia kata we set target to run 4km straight... and 4km i did!!! memang pancit... hahaha...
yang best nya kat corniche ni... view dia lah... berjogging tepi laut dengan udara yang masih cooling... ni lah view corniche...
3. futsal
ni aku belum pergi lagi... maybe nak join papa g hari jumaat ni... kata dia orang yang main tu very skillfull... so i tot of tengok-tengok dulu, kalau boleh join, ok lah.. kalau tak cukup skill... sekali je lah turun.
4. Gym
dah lama berkira-kira nak join gym kat sini. tp a decent gym may cost me around QR4000 per year, or kalau paling murah pun QR3500 per year. kat sini plak kena bayar gym 1 lumpsum, either per year or half a year. so mahal jugak lah kan... dan aku ni memang tak consistent nak g gym, masa kat kl dulu, sibuk bayar je, pergi nya tak... since aku dah ada 3 options above, aku rasa aku akan join gym bila cuaca makin terik nanti... bila jog kat corniche dah tak selesa sebab musim panas aku lari kat treadmill lah... or buat cross training je... hehehehe...
so harap-harap boleh lah kembali fit seperti dulu (eh... bila pernah aku fit hahahaha) or at least turun 6kg...
Tuesday, March 13, 2007
Should i talk more???
Anyway, among others... ada dua quote ni yang menarik perhatian aku...
Great minds talk about ideas,
Average minds talk about themselves,
Small minds talk about people.
The wise speak when they have something to say,
the fools speak when they have to say somethin.
pastu aku terfikir.... apa aku tulis kat blog ni??? oh.. banyak nya pasal aku kutuk orang... citer pasal orang... then citer pasal aku.... ooopss.. aku tergolong dalam golongan orang-orang yang berminda rendah ke sederhana saja.... alamak... macam mana aku nak cite pasal idea??? supaya aku tergolong ke dalam orang-orang berminda bagus... atau memang aku rasa aku ada idea... tapi aku tak luahkan kat sini kot, aku simpan idea tu dalam otak sampai aku terus terlupa idea aku tu, tapi masalah nya ada ke idea?? bila buntu fikiran, asyik-asyik aku minta pendapat dan idea orang kan....
then aku rasa lah, aku ni asyik bercakap aje... asyik lah nak bercerita... so aku ni tergolong dalam golongan bodoh lah kan... hmmm...
so... aku rasa kena kembali usaha untuk kurang bercakap lah, kena usaha lagi.... talk when i have something to say... and only talk about ideas... hmm... arggh... boring nya dunia kalau semua orang macam tu!!! hahahaha
Monday, March 12, 2007
Keeping the distance...
I'll follow ur game...
I know it won't bring anything...
but... we'll see how it last...
Sunday, March 11, 2007
Ribut pasir...
arrgh... habis lah penuh debu n pasir kereta aku... mesti esok sibuk tukang basuh kereta kat parking lot tu offer aku untuk basuh kereta... caj QR10 sekali basuh sama macam kat kl... tp basuh kat luar saja guna air sebaldi...
hmmm... rancangnya nak main volleyball petang ni (jam 6.30 kat KL petang lah kan, tp kat sini dah masuk maghrib masa tu) dengan orang-orang sri lanka... baru first time nak join, tak tahu lah court indoor atau outdoor... kalau outdoor, kalau ribut pasir masih berpanjangan sampai jam 6.30.. tak jadi lah main...
Dunest0ck 2007
extract dari website dia...
Dunest0ck is an open air Music Festival held annually at the singing dunesso.... apa ada kat situ??? orang melepak-lepak... berbbq... budak-budak gelonsor kat padang pasir... live band show... orang-orang berkhemah.... beer... memang terasa seperti di padang pasir suatu tempat di europe.... memang sangat kurang orang-orang keralite (tak de kot) pinoy even arabs... semua orang putih... ada lah dekat 1000 lebih orang kat sini...
of Qatar, featuring local expatriate bands and musicians. Everyone involved in
organising Dunest0ck does it for free (including the performers) and all
proceeds go to the D0ha Players theatre rebuilding fund.
It's a family event providing the following facilities:- Large stage,
professional lighting/sound, food stalls, bouncy castles, A/C WC facilities,
over night camping area, first aid/merchandise tent, organised parking and 24
hour security. The stage faces a crescent shaped sand dune creating an
amphitheatre effect. Psychedelic lighting projected onto the dunes after dark,
and much much more.
kitaorang gi sana around jam 4 lepas asar... drive approximately 45 mins, jaraknya ada lah dalam 45 km dari D0ha... dekat dengan kem tentera US (difahamkan base tentera US terbesar di mid east ni). kena bayar QR50 untuk masuk...
kitaorang datang... buat khemah... then jalan-jalan ambil gambar... around 7pm balik lah... tak tunggu sampai jam 12 pun...