Monday, April 30, 2007

Road trip : Shamal

(Aktiviti ni berlaku last week... tp tak sempat-sempat (read : malas) nak taip.. hehehe...)

setelah petang sebelumnya aku ke messaied... hari sabtu sudah mcm tak de plan apa2 nak buat. sebabkan teringat kan MT yang dah nak meninggalkan D0ha for good... so aku cadangkan lah pergi ke utara Qatar... ye lah... dah hampir 3 tahun dia kat sini, dia pun tak pernah ke sana... hehehe...
kalau tgk peta kat atas tu... dari Doha kami (MT, Papa & aku) menuju ke Al Ruwais (90km++ dr Doha), yg kat atas tu... dalam perjalanan tu kami stop-stop kat pekan-pekan yg menurut marhaba (guide book utk Qatar ni) ada beach atau fort untuk dilawati... bertolak jam 2ptg dari doha.

First stop... Umm Sal Mohammed, menurut Marhaba ada 2 kota kat situ, pusing-pusing.. tak nampak pun... mungkin dah runtuh atau betul-betul tgh gurun... kat sini bukan nya ada signboard sangat selain daripada jalan utama.

Next stop... beach area Fuwairit, memang cantik beach ni... yang istimewa pantai ni ada formation batu kat tepi pantai... sesuai untuk lepak2 dan berpicnic. berbanding messaied, air kat sini lebih clear, pantai lebih putih dan berpagar, jadi tak de lah buggy2 merata2... kalau lah tempat ni dekat ngan Doha, mesti ramai org lepak sini... tp sebab jauh... lebih kurang sejam jugak... kuranglah orang kat sini.
sebelah Fuwairit tu ada small beach town al-Ghariya (town ni sekadar nama tempat je lah, umah org pun skit je). kat tempat ni ada resort (gambar ke enam kat atas tu)... walaupun resort, bukan lah makna nye beach resort mcm kat malaysia tu... tp aku rasa ada skit lah macam bukit merah resort skit2 lah condition umah dia.
ooh.. masa dah suntuk, tinggal lagi dua jam lagi sebelum sampai ke bandar paling utara dan fort zubara... so kami terus lah tinggalkan beach dan menuju ke madinat al-shamal (bandar utara) sebelah al ruwais.






al ruwais dan madinat al shamal ni sekadar pekan nelayan dan port paling utara Qatar. ada tempat chop passport dan pondok polis.. dan 2 baris kedai.... tak besar mana... sebab kitaorg dah sampai petang tak de lah ikan, kalau pepagi, mungkin ada ikan fresh kot.
next destination... (next entry... fort zubara)

Road trip : Shamal - Fort Zubara

Setelah solat asar kat masjid kecil kat Madinat al Shamal, kami terus menuju ke fort zubara (antara fort yg banyak gambar kat poskad qatar ni) tak jauh sangat dari madinat al shamal, tp signboard tak wujud. tp sbb kan jalan nye satu je... yakin je lah... sampai lah nampak fort tu kat tepi jalan...

Zubara ni dulu nya tempat yang besar. Antara tahun 1775 dan 1780 pernah diserang oleh orang Parsi ke atas Basra (selatan Iraq), pedagang dan peniaga melarikan diri ke Zubara ni. Pada zaman kemajuan Zubara, dijangkakan 5000 - 6000 orang tinggal di sini (kira besar lah tu, ni kawasan padang pasir ni...) Tapi pada tahun 1878 Zubara ni telah musnah akibat taklukan orang luar.

Fort Zubara ni di bina tahun 1938 dan digunakan untuk ketenteraan sehingga pertengahan 1980-an. Kini digunakan sebagai muzium (tapi apa yang ada? ada lah tembikar2 skit... dan beberapa seramik.. hehehe)

Messaied

hari jumaa sudah... aku ngan member 2 buah kereta g ke Messaied... orang kata kat situ ada beach blh mandi laut... disebabkan dah lama tak g mandi laut aku pun ajak lah semua... picnic + mandi laut...



Messaied kurang drp 50km dari D0ha (betul tak MT?) tak jauh sgt, menghala ke selatan melalui Wakra... bila dah dekat dgn mesaaied ikut arah ke Sealine Beach Resort... then akan sampai lah kat beach...

Selain daripada pantai, kat messaied jugak tempat org-org nak try buggy (dirt bike). pusing-pusing sekitar sand dune. aku tak pasti berapa harga, but dulu ada orang cakap QR100 for an hour... nanti bila aku dah try aku bg tahu berapa harga...

beach dia... ok lah... not bad... found a good one yg akan aku post entry n pic nanti....

The runaway DQ!

Sebenarnya bukan senang nak keje kat luar negara ni, aku bukan bercakap hanya melalui pengalaman aku, tetapi pemerhatian aku atas orang-orang sekeliling aku.
menurut kata member dan pengalaman aku sendiri, memang tempoh awal nak adaptasi diri dgn kawan-kawan baru, suasana dan tempat tinggal baru dan tempat keje baru memang perit. tambahan pulak, orang-orang disayangi jauh... memang tempoh sebulan pertama atau mungkin 2 bulan pertama, ramai yang mengeluh.. terasa macam nak balik negara asal... terasa mcm menyesal dan pulang awal...

memang susah nak adaptasi awal, selalunya jika tak tahu ke mana penghujung nya... iaitu sampai bila... terutamanya mcm kat sini, terlalu banyak ketidaktentuan (uncertainty), baik dari segi sistem dan peraturan juga kerja kat office, sistem kucar kacir, job scope jangan citer lah... keje jadi bertangguh, perancangan kelam kabut akibat nya hilang motivasi keje...

sudahlah hilang motivasi keje, kehidupan selepas office hour pun tidak memberangsangkan. tak de tempat yang best, kengkawan baru yg baru nak kenal-kenal, dan kerinduan kat orang jauh. kalau yang sudah berkeluarga lagi lah... tak tahu macam mana dan sampai bila berjauhan dgn anak bini... susah...

tp, pada pendapat aku, semua ni memang sepatutnya dah difikir masak2 sebelum buat keputusan berhijrah... dan sepatutnya dianggap sebagai cabaran permulaan penghijrahan... pengalaman...

tp nak jadi cite semlm aku hantar kawan aku yang lari dari D0ha ni... walaupun baru 2 bulan je dia jejak kaki di D0ha ni, without bg resignation letter dia cabut jer... tak tahan dah keje kat sini... dan rindukan life yg lebih happening kat KL... tp dia bernasib baik lah... katanya dia dah dapat offer dr company dia keje kat KL dulu... good for him... dan lucky him jugak, dia keje sini atas business visa, so tak perlu permit utk keluar negara daripada sponsor/majikan kat sini...
so semlm, lebih kurang jam 9pm dia membuat keputusan dan call aku minta tolong hantar ke airport... rushed kemas beg dan terus ke airport jam 11pm... utk ke DBX... then balik KUL... dgn tiket tak tentu dpt ke tak, gamble jer... hehehe... tp jam 3am tadi aku dapat sms dari dia yang tiket dia dah diconfirm dan dapat terus balik KUL dari DBX... alhamdulillah semoga selamat...



I'm on my wat 2 KUL now. my flight all ok DOH-DBX-KUL. got my seats
confirmed. thank u 4 helping me all this while. i appreciate everythg u've done.
May Allah bless all of u. keep in touch. apology any wrong doings, halal mkn
minum, lebih kurang. I'll c u in KL. thanks again tcare fren.

to my fren, semoga tercapai apa yang diimpikan... lepas ni buat decision betul-betul, fikirkan masak-masak sebelum keputusan dibuat... walaupun baru sangat kita kenal (baru 2 bulan) kita dah share a lot of stories (although ko share byk lagi benda ngan member sorang lagi kan hahahaha....) anyway... c u in KL bila aku balik nanti... insyaAllah


kat KL tak der ke twix ni?? hehehe

Party at Sharq

Khamis sudah, FM jemput aku dan MT join annual dinner company dia kat Sharq. so tanpa segan silu.. aku pun join lah... lagipun aku pernah keje kat company yg sama dulu kat M'sia... sebenarnya ada beberapa orang collegue dia yg memang aku dah kenal, so tak de lah janggal rasanya.

so since ni annual dinner... mestilah makan-makan kan... tapi makanan yang disediakan tak lah aku rasa best giler... tapi ok lah... nothing to shout out... but still presentation cantik... start with western and arabic salad/starter incl. mazza, homous, potato salads, roti-roti dan lentil soup... then sebaris main dish arabic and mostly indian cuisine (ye lah... kat company dia tu tak wujud sorang pun local, ada arab (mainly egyptians) dan south asian)... then 2 station dessert...

Majlis tu ada lah dekat 100-120 orang... lepas dinner aku pun lepak-lepak kat luar... ada lah aktiviti merapatkan silaturahim (read : party games) yang diatur oleh penganjur, tp aku tak der lah nak join... then ada jugak lah acara dancing-dancing... yang masa tu aku pun terus keluar n nak balik... hehehe...
anyway, tujuan utama aku join bukan lah sebab makan free tu.. tp sbb aku dtg sharq dulu sekejap jer.. tak banyak ambil gambar... dan aku rasa resort ni cantik... dan nak tunjuk gak gambar resort ni lagi... enjoy more pics of this luxury sharq...

Sunday, April 29, 2007

Murtabak

ni breakfast aku hari jumaat sudah... :-)
ingat kat D0ha takde murtabak ke??? hehehe... thanks to MT yg bawak murtabak dari M'sia last week...


Thursday, April 26, 2007

Bowling...

dengan pembukaan semula pusat bowling kat D0ha ni... bertambah lah option nak melepak atau berkumpul... dan semlm aku pergi sana lagi dgn beberapa member kat D0ha ni...


p/s (1) sorry yer papa kena bersengkang mata sebab teman aku g main boling... hehehehe... next time u try membowling... br best blh berentap... hehehe...

p/s (2) thanks MT for taking this picture, br first time aku blh tgk mcm mana action aku membaling bola boling... not bad huh... ada gaya pro tak??? hahaha

Wednesday, April 25, 2007

THANK YOU!!!!

agak lambat plak aku ucapkan ni... busy skit 2 - 3 hari ni...

TERIMA KASIH buat MT yang banyak bawak barang-barang yang aku pesan dari KL... aku rasa ada lah 2/3 dari barang yang dia bawak dr M'sia (51.3kg) tu barang aku... :-)

Terima Kasih again... (nanti claim yer berapa harga semua benda tu :-) )

Sunday, April 22, 2007

Oopps... kena saman???

tadi masa boring-boring kat office aku surf net then jumpa satu website ni... yang boleh aku cek samada kereta aku pernah kena saman ke tak??? then... mengharapkan tak der saman.. rupanya kereta aku dah disaman!!! QR300 sebab speeding...

alamak!!! hmm... kena lah bayar kan... tp tempat kena saman tu bukannya tempat yg aku selalu pergi pun... aku pun tak ingat sbb apa ke situ. tp kalau ikut tarikh tu, ia berlaku exactly setelah sebulan aku beli kereta aku ni... hmmm.. dan aku raikan dengan kena saman... arghh.. nak kena asked around kat mana nak bayar saman ni... QR300!!!! membazir duit saja.. pas ni kena lah pandu slow-slow....


Welcome back...

D0ha akan kembali meriah... aku takkan kesunyian di hari minggu lagi... (hahahaa... my last weekend was the most pathetic sejak aku ada kat sini...)

so kepada semua orang yang akan balik D0ha minggu ni... kembalikan ceria!!! hahaha... ari ni saja aku akan g airport 2 kali... :-) tak kisah... janji ramai kengkawan balik ke D0ha... :-)

Saturday, April 21, 2007

Basuh kereta...

last week tetiba ada 2 hari hujan... kereta aku yg berdebu pun kotor gila... so aku bawak lah membasuh, 2nd time sejak aku beli dulu. hehehe...

basuh kereta kat sini tak mahal, yang lap-lap macam kat parking lot office dan shopping mall QR10, yang macam aku hantar ni... QR20. tapi kat kedai ni memang lah lembab ya amat. kebanyakan yang hantar kereta yang aku nampak pak arab je, dan selalunya kereta besar dan 4wd. dua kali aku datang sini, aku rasa kereta aku lah paling kecik among all...

satu lagi benda unik kat sini, yang aku heran, selalunya depa buat sederet kedai buat business yang sama... contohnya, macam tempat basuh kereta ni... sebaris panjang kedai semua bg khidmat cuci kereta. kira ok lah jugak kan, senang pilih. tp bukan utk basuh kereta saja... kat sesetengah tempat, ada kedai gunting rambut sederet... tailor sederet... mekanik sederet... hehehe.. mungkin depa nak amalkan direct competion atau nak bg senang org nak pilih n ask around.

Thursday, April 19, 2007

Boling... (updated)

semalam buat pertama kali nya aku main boling sejak 7 bulan sudah... (eh dah genap 7 bulan aku kat sini yer). join abang-abang keje minyak ni main boling, katanya utk tournament boling sesama M'sian weekend ni.

agak terkejut jugak dengan my score... it was my personal best... jangan lah korang gelak sebab aku tahu, korang lagi hebat, cuma aku rasa aku dah cukup hebat semlm... main 4 game dan my score semalam... 142 - 142 - 122 - 194 yang last game tu lah paling tinggi aku pernah cecah dalam hidup aku, dulu my personal best 186, itu pun 8 - 9 tahun sudah... (alamak dah tua nye aku... hahaha)

tapi, tak sempat nak ambil gambar lah, kamera bawak tp papa dah bawak lari... hehehe
_________________
bila hari game... aku tak dapat bola yang sesuai... anyway, aku join pun bukan lah nak menang sangat, sekadar seronok-seronok sambil cari kaki boling... kalau bosan-bosan ada gak aktiviti lain... hehehe... anyway score aku cuma (main 2 frame jer) 125 - 185... teruk kan... hehehe...